JSPT Perlis

JSPT Perlis

Share

Photos from JSPT Perlis's post 11/07/2026

SEORANG LELAKI DAN SEORANG WANITA DITAHAN, HE**IN DAN SYABU DIRAMPAS DALAM OP MOTOSIKAL / SAMSENG JALANAN BSPTD IPD ARAU

Arau, 11 Julai 2026.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD), IPD Arau telah melaksanakan Op Motosikal / Samseng Jalanan pada 10 Julai 2026 hingga 11 Julai 2026, bermula 9.00 malam hingga 1.00 pagi di sekitar kawasan pentadbiran IPD Arau.

Hasil operasi, pihak polis telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas. Sebanyak sebuah motosikal Yamaha Lagenda 115Z telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan pelbagai kesalahan, iaitu menunggang tanpa lesen memandu, tidak memakai topi keledar keselamatan serta pemilik membenarkan motosikal ditunggang oleh individu yang tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Selain penguatkuasaan trafik, operasi ini turut membawa kepada tangkapan dua (2) individu warga tempatan, terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita, yang disyaki terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah. Hasil pemeriksaan telah membawa kepada rampasan dadah disyaki he**in seberat 380.44 gram dan dadah disyaki syabu seberat 39.32 gram.

Kedua-dua suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Arau untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

BSPTD IPD Arau akan terus mempertingkatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap pesalah trafik, samseng jalanan serta individu yang terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah. Kerjasama masyarakat amat dihargai dalam menyalurkan maklumat bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

"Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama."







IPD Arau
Polis Perlis

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00