IKRAM Perlis

IKRAM Perlis

Share

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Perlis adalah sebuah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam.

18/05/2026

10 hari terawal Zulhijjah bukan hari biasa. Inilah hari-hari yang paling dicintai Allah untuk kita beramal soleh.

Amalan Sunnah Zulhijjah

1. Memperbanyakkan Amalan pada Sepuluh Hari Pertama Zulhijjah

Sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah adalah hari-hari yang paling mulia dalam setahun. Rasulullah ﷺ sangat menganjurkan umatnya untuk memperbanyakkan amal soleh pada tempoh ini.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, sabda Nabi SAW: "Tiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling dicintai oleh Allah melainkan pada hari-hari ini," iaitu 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah (dapat menandinginya)?" Baginda menjawab, "Tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali seorang lelaki yang keluar (berjihad) dengan diri dan hartanya, lalu tidak kembali sedikit pun daripada itu (syahid)." (HR Abu Dawud)

2. Puasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah)

"Puasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang." (HR Muslim)

3. Memperbanyakkan takbir, tahmid dan tahlil

"Maka perbanyakkanlah pada hari-hari tersebut (sepuluh hari pertama Zulhijjah) dengan tahlil, takbir dan tahmid." (HR Ahmad)

4. Melaksanakan Ibadah Korban (Udhiyah)

Bagi yang berkemampuan, ibadah korban adalah sunnah yang sangat dituntut. Ia adalah tanda kesyukuran kepada Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak ada amalan anak Adam yang lebih dicintai oleh Allah pada Hari Raya Korban melainkan mengalirkan darah (menyembelih haiwan korban). Sesungguhnya ia (haiwan korban itu) akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah (haiwan korban) itu akan sampai kepada Allah (diterima oleh Allah) di suatu tempat sebelum ia jatuh ke tanah. Maka gembirakanlah diri kamu dengannya (ibadah korban)." (HR Tirmizi)

5. Memperbanyakkan Sedekah

Amalan sedekah sentiasa digalakkan, dan lebih-lebih lagi pada hari-hari yang mulia ini, pahalanya akan dilipatgandakan. Memberi makan kepada orang miskin, membantu mereka yang memerlukan, adalah antara bentuk sedekah yang paling baik.

6. Membaca al-Quran dan Qiamullail

Menghidupkan malam-malam Zulhijjah dengan qiamullail (solat malam) dan memperbanyakkan bacaan al-Quran juga adalah amalan yang sangat ditekankan. Ia membantu menyucikan jiwa dan mendekatkan diri kepada Pencipta.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Jalan Padang Nyu
Kangar
01000