KEMAS Perlis
10/06/2026
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐊
PUTRAJAYA, 10 Jun – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menerusi Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (BPAK) telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Borang Pemantauan ke Arah Pendigitalan KEMAS di Ibu Pejabat KEMAS.
Bengkel yang dirasmikan Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd Hanafiah Man itu bertujuan menyelaras, menyeragam dan menambah baik instrumen pemantauan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAK) ke arah sistem yang lebih holistik, bersepadu dan berteraskan pendigitalan.
Inisiatif ini selaras dengan Pelan Transformasi Digital PAK KEMAS 2023–2032 bagi memperkukuh tadbir urus organisasi, meningkatkan kecekapan pengurusan dan memastikan pemantauan lebih efektif.
Fokus utama bengkel merangkumi penyelarasan instrumen pemantauan, pemerkasaan pendigitalan pengurusan, penambahbaikan kualiti pemantauan serta pengukuhan standard perkhidmatan di TABIKA dan TASKA KEMAS seluruh negara melalui sistem KEMAS EduCeria.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
TINGKAT BAWAH BANGUNAN PERSEKUTUAN LAMA
Kangar
01000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |