SK Jalan Raja Syed Alwi
14/07/2026
🏆 MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PASUKAN SKJRSA YANG MENJADI JOHAN KEJOHANAN SUKAN PKP KANGAR 2026! 🏆
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat dan kejayaan yang dikurniakan.
Warga Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Pasukan Atlet SK Jalan Raja Syed Alwi atas kejayaan muncul sebagai JOHAN Keseluruhan Kejohanan Sukan PKP Kangar Tahun 2026.
Kejayaan yang amat membanggakan ini adalah hasil daripada semangat juang yang tinggi, disiplin, kegigihan serta usaha berterusan para atlet dalam setiap sesi latihan dan pertandingan. Di sebalik kejayaan ini juga berdiri barisan guru pembimbing, jurulatih, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan tanpa henti.
Kemenangan ini bukan sekadar sebuah piala, malah menjadi bukti bahawa usaha, kesungguhan dan kerjasama mampu melahirkan kecemerlangan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha, berani mencabar diri dan mengharumkan nama SK Jalan Raja Syed Alwi di persada yang lebih tinggi.
Syabas dan tahniah kepada semua atlet, guru pembimbing, jurulatih serta seluruh kontinjen SK Jalan Raja Syed Alwi! Kalian kebanggaan kami! 💙❤️🏆
14/07/2026
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERLIS 2026
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.
Warga Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Badan Beruniform (PBB) Pengakap Lelaki Sekolah Rendah atas kejayaan meraih Tempat Kelima dalam Pertandingan Kawad Kaki Sekolah-Sekolah Negeri Perlis Tahun 2026.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada latihan yang berterusan, disiplin yang tinggi, semangat berpasukan serta komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua anggota pasukan. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada guru-guru pembimbing, jurulatih, ibu bapa dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang persiapan pertandingan.
Tidak dilupakan, sekalung penghargaan dan tahniah juga kepada Pasukan TKRS SK Jalan Raja Syed Alwi. Walaupun kali ini belum berjaya meraih kedudukan, kesungguhan, semangat juang dan keberanian yang ditunjukkan sepanjang latihan serta pertandingan amat membanggakan. Setiap pengalaman adalah langkah menuju kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru pembimbing dan jurulatih! Teruskan melakar kecemerlangan.
💙❤️ SK Jalan Raja Syed Alwi – Berusaha, Berdisiplin, Berjaya.
07/07/2026
🤖✨ Program Gen AI Maxis eKelas 2026 ✨🤖
Pada 2 Julai 2026 yang lalu telah berlangsung Program Gen AI Maxis di Makmal Komputer yang melibatkan murid-murid dari kelas 6 Ruby.
Program ini bertujuan memperkenalkan murid kepada teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI) serta memberi pendedahan tentang penggunaan AI secara kreatif, beretika dan bertanggungjawab dalam pembelajaran. Murid-murid turut menunjukkan semangat, minat dan kerjasama yang sangat baik sepanjang aktiviti dijalankan.
Semoga program seperti ini dapat meningkatkan kemahiran digital serta memupuk budaya pembelajaran yang selari dengan perkembangan teknologi masa kini.
Terima kasih kepada semua pihak terutamanya SSTP dan Maxis yang telah menjayakan program ini. 😊
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Raja Syed Alwi
Kangar
01000
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 16:30 |
| Tuesday | 07:30 - 16:30 |
| Wednesday | 07:30 - 16:30 |
| Thursday | 07:30 - 16:30 |
| Friday | 07:30 - 16:30 |