Centre for Excellence and Development
20/05/2022
📖‼️JOM BELAJAR MENGAJI‼️📖
PENGAMBILAN KELAS MENGAJI AL-QURAN & TAJWID BERMULA AWAL BULAN JUN
Kelas bimbingan dibuka bagi
✨GOLONGAN DEWASA✨
Hari🔸Jumaat
Jam🔸9.00-10.30 pagi
Tempat🔸Pejabat Datuk Wan Saiful Wan Jan, Lot 336, Taman Tengku Maheran, Jln Istana, 06000 Jitra, Kedah
Yuran bagi Kelas Mengaji adalah
💥PERCUMA💥
⬇️⬇️Belajar mengaji sekarang!⬇️⬇️
📞Whatsapp: https://wa.link/3plxgb
19/04/2022
JAWATAN KOSONG USTAZ/USTAZAH PART TIME.
Permohonan boleh dibuat melalui
Whatsapp:
https://wa.link/od99da
atau
Hantarkan resume anda ke alamat emel:
[email protected]
04/01/2022
JAWATAN KOSONG KERANI - SEPENUH MASA
JOM SERTAI KAMI
Syarat kelayakan:
📌Syarat minima SPM
📌 Berumur 22 hingga 35 tahun
📌’Fresh graduate’ dialu-alukan
📌Membantu mengurus pentadbiran pejabat
📌Menguruskan fail dan dokumen rasmi
📌Mempunyai asas akaun
📌Boleh bekerja di luar pejabat dan lebih masa
📌Mempunyai lesen memandu kereta
📍Pejabat: Jitra, Kedah
📍Caruman KWSP dan PERKESO
Berminat ❓ Boleh hantarkan resume dan juga gaji yang diharapkan ke:
📧 [email protected]
Mula bekerja pada Februari 2022
14/12/2021
Pada 13 November 2021 bermula 9.30 pagi sehingga 1.30 petang, pihak CEDev telah mengadakan program cuti sekolah, iaitu Go English : Vision Board untuk pelajar Tahun 5 & 6. Program ini dikendalikan oleh tutor Bani dan Syamim.
Tujuan program ini dilangsungkan adalah untuk memupuk pengunaan kosa kata Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar melalui pembentangan mengenai cita-cita mereka. Secara tidak langsung, mereka dapat mengenal pasti cita-cita serta arah tuju yang ingin dicapai pada masa akan datang. Selain itu, para pelajar juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam bertutur Bahasa Inggeris.
Tahniah diucapkan kepada empat orang pelajar yang menerima kamus Oxford iaitu Ainul, Zikri, Alya dan Rafiq Danish. Terima kasih buat para pelajar dan tutor yang terlibat dalam melaksanakan program ini. 😀
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
Kangar
01000