UTARA RAYA

UTARA RAYA

Share

03/06/2025

We Love Mada #03

08/01/2023

KEBAKARAN DI PIDA 4, MEGAT DEWA.

Semoga mangsa tabah menghadapi ujian besar ini. Mohon pihak2 berwajib dapat membantu mangsa dengan segera.

Sumber video: Whatapps Group.

Photos from UTARA RAYA's post 06/01/2023

TOLONG SEDIAKAN LEBIH BANYAK TONG SAMPAH DI KAWASAN SANGLANG, PERLIS.

MB baru Perlis (YB Cikgu Shukri) dah keluar kenyataan baru2 ni supaya pendudok Perlis menjaga kebersehan. Saranan itu terkait dengan 'serbuan' pelancong luar ke Perlis sempena cuti panjang sekolah baru2 nih.

Kenyataan dan arahan secara tak langsong itu memang baguih dan kena pada masanya lah. Kita pon s**a sangat lah kalau negeri Perlis ni berseh dan kemas.

Cuma, arahan dan kenyataan tu nampaknya tidak seiringan dengan tindakan. Sebagai contoh, dalam kawasan Sanglang (kawasan MB sendiri), tong sampah hanya disediakan di beberapa kawasan saja, dah la tu, hanya satu tong sahaja disediakan!
Antara lokasinya adalah :

1. SATU unit tong sahaja di depan Kuboran/Jirat Cina Simpang Sanglang (seperti didalam gambar dibawah). Pendudok area Kg. Simpang Sanglang tak sangga banyak, Tong sampah hanya satu saja disediakan. Tak lojik langsong. Mohon lah pihak berwajib letak sekurang kurangnya 3 unit Tong Sampah di situ. Sampah kat situ selalunya menimbon, akhirnya dikecaq oleh anjing dan berselerak habeh atas jalanraya.

2. Di Kuala Sanglang, tepi jalan nak masok ke Kg. Tanah Timbul. Sekurang kurangnya boh la 3 Tong Sampah jugak kat situ.

3. Dekat dengan Roundabout Kg. Sungai Padang (Kampong MB sendiri), pon hanya SATU unit Tong Sampah sahaja disediakan. Kependudukannya makin padat, Tong Sampah pulak hanya satu, natijahnya sampah akan menimbon dan akan penoh menerpu akhirnya bergelimpanganlah diatas tanah, seterosnya berselerakan diatas jalanan. Inilah pemandangan yang selalu kita lehat saban hari di semua lokasi Tong Sampah tersebot.

Mohon pehak berkenaan, dan mohon MB Perlis sekali lagi keluarkan arahan agar dapat diletakkan lebeh banyak Tong Sampah, dan menambahkan lagi lokasi2 penempatan Tong-Tong Sampah di kawasan Sanglang. Kawasan Sanglang yang ribuan jumlah pendudoknya, tapi Tong Sampah hanya ada 3 atau 4 tempat sahaja, amatlah tidak masok akal. Mohon sekurang kurangnya dialokasi/diperuntukkan 10 lokasi tempat pembuangan sampah di kawasan Sanglang, dengan setiap lokasi diletakkan sekurang kurangnya 3 Tong Sampah. Mari kita mulakan Perlis Bersih ini dengan Kawasan Sanglang terlebih dahulu dan inshaAllah terus menular ke seluroh negeri Perlis. Jadikan 2023 sebagai tahon permulaan Perlis Berseh, dan teros berseh hingga Malaikat Isrofil meniup Sangkakala.

Saranan dari MB agar Perlis menjaga kebersehan adalah amat baik, maka sekali lagi dituntot agar perlaksanaannya jugak selari dengan saranan tersebot. Allah s**a orang yang berseh, Allah s**a negeri yang berseh, inshaAllah rakyat dan negeri Perlis akan sentiasa dirahmati.

01/01/2023

1.1.2023
Kebakaran dahsyat di Wisma Jakel, Seksyen 7 Shah Alam.

Want your business to be the top-listed Media Company in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kangar
02800