Permata Hati

Permata Hati

Share

08/12/2021

“PADAH HATI ANAK TERBEBAN”

_Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan, keturunan, sebagai penyenang hati. Jadikanlah kami pemimpin bagi orang yg bertakwa._ (Surah Al-Furqan: 74)

Kau hadir menyejukkan jiwa, kau anugerah yg menceriakan suasana. Anakku. Kaulah buah hatiku. Amanah yg terindah dari-Nya.

Semua ibu bapa mahukan anak yg menjadi penyejuk mata, kebahagiaan dan ketenangan. Anak adalah syurga bagi ibu bapa dan sebaliknya.

Setiap bayi yg dilahirkan adalah dalam keadaan bersih. Tanggungjawab orang tua mencorakkannya menjadikan Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Inilah ringkasan hadis. Betapa besar tanggungjawab ibu bapa. Bukan sekadar memberi makan minum pakaian dan tempat tinggal. Apa yg penting, berilah didikan agama.

Mereka bukan sahaja dunia kita. Mereka adalah akhirat kita dan mereka adalah syurga kita. Bukan manusia yg tetapkan. Inilah sunnatullah yg azali.

Iman perlu dipelihara, dipupuk. Jaga keselamatan diri dan keluarga dari api neraka. *Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.* (Surah at-Tahrim).

Saidina Ali menjelaskan _‘peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka’._ Itu bermaksud anak perlu diberi didikan sempurna.

Pada awal kelahiran bayi lagi, diazankan oleh bapa. Kemudian Islam menggalakkan dilaksanakan aqiqah sebagai usaha memelihara anak.

Anak itu terpelihara dari kemudaratan dan kemungkaran dengan aqiqahnya. Disembelih haiwan untuknya pada hari ke-7, dicukur kepalanya dan diberi nama.

Ikhlas,
Cikgu Syam
Admin Page
EXAMA HQ

Want your school to be the top-listed School/college in Kampung Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


ROLE VISION SDN BHD
Kampung Raja
22200