DocSyima HQ
Pengecutan saluran darah setempat
Pengecutan saluran darah akan menyebabkan saluran darah yang terdapat pada kawasan dubur mengecut dan seterusnya menyebabkan bengkak buasir turut mengecut. Pemahaman mengenai tindakan ubat ini mudah difahami dengan mengambil contoh pengurangan air sungai yang dikawal oleh sebuah empangan. Sekiranya air sungai yang disekat mengalir, maka paras air sungai akan menurun sama seperti bengkak buasir yang reda akibat pengurangan bendalir yang masuk ke kawasan tersebut. Contoh ubat yang dikategorikan sebagai pengecut saluran darah adalah noradrenalin pada kepekatan 0.005 hingga 0.001 peratus yang disapukan pada bengkak buasir. Di samping itu, ubat ini juga meredakan rasa gatal pada bengkak buasir melalui kesan bius yang lemah.
Astrigen
Astringen bertindak melalui halangan ke atas kehilangan air atau lembapan daripada permukaan bengkak buasir. Juga, astringen mempunyai kesan tambahan ke atas sel-sel bengkak dengan memendakkan protein yang terdapat pada sel-sel tersebut. Contoh ubat yang mempunyai kesan astringen adalah krim zink oksida atau losyen kalamin yang apabila disapu pada permukaan kulit akan meninggalkan rasa sejuk pada permukaan kulit. Dengan kesan tersebut, rasa panas atau pedih pada bengkak buasir dapat diredakan.
Ubat untuk meredakan buasir
Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.
Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, pesakit disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:
Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
Ketumbuhan pada kawasan dubur.
Ciri-ciri penyakit buasir
Selain daripada bengkak yang amat ketara ketika mengalami buasir, tanda-tanda lain termasuklah rasa gatal pada lubang dubur, rasa kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar, rasa sakit yang berdenyut-denyut, sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
DOC SYIMA HQ
Kampung Raja
22200