Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit

Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit

Share

11/06/2026

🌷 SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS 🌷

Warga SK Peringgit mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada:

Cikgu Mohamad Azharuddin bin Sarip
πŸ“š Pengkhususan: Bahasa Melayu

Semoga kehadiran cikgu akan terus menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan, memperkukuhkan budaya ilmu serta menjadi inspirasi kepada warga sekolah khususnya anak-anak didik SK Peringgit.

Kami mendoakan agar cikgu sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kekuatan, serta dipermudahkan dalam menjalankan amanah mendidik generasi pewaris bangsa.

✨ β€œGuru Hebat, Murid Cemerlang, Sekolah Gemilang.” ✨

Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SK Peringgit. Bersama-sama kita melakar lebih banyak kejayaan demi kecemerlangan sekolah dan masa depan anak-anak.

22/05/2026

πŸ“’ MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026 πŸ“’

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Cuti Pertengahan Tahun 2026 bagi murid-murid dan warga Sekolah Kebangsaan Peringgit akan bermula pada:

πŸ—“οΈ 23 Mei 2026 hingga 7 Jun 2026

Sesi persekolahan akan bermula semula pada:

πŸ“š 8 Jun 2026 (Isnin)

Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua murid, ibu bapa/penjaga serta warga sekolah. Gunakanlah masa cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga serta sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri. ✨

Jumpa lagi di sekolah nanti dengan semangat yang lebih ceria dan bersemangat! 🌟

Photos from Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit's post 22/05/2026

πŸ“’ PROMOSI PROGRAM PLANETARIUM BERGERAK: DARI DINOSAUR KE ANGKASA LEPAS! πŸ¦–πŸš€βœ¨

Pada hari ini telah berlangsung sesi promosi Program Planetarium Bergerak: Dari Dinosaur ke Angkasa Lepas! kepada murid-murid SK Peringgit bermula jam 8.00 pagi hingga 8.30 pagi.

Sesi promosi ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid tentang pengalaman pembelajaran interaktif yang bakal mereka lalui melalui dunia dinosaur, penerokaan angkasa lepas serta tayangan simulasi 360° yang menarik dan menyeronokkan. 🌍🌌

Program ini diharapkan dapat menyemai minat murid terhadap bidang sains, teknologi dan imaginasi kreatif melalui pendekatan pembelajaran yang lebih santai dan menyeronokkan. πŸ›°οΈβ­

Terima kasih kepada semua guru dan murid yang memberikan kerjasama sepanjang sesi promosi berlangsung. 😊

Photos from Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit's post 19/05/2026

πŸ“šβœ¨ SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT Sekolah Kebangsaan Peringgit 2026 βœ¨πŸ“š

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Peringgit Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah, ceria dan bermakna. πŸŒΈπŸŽ‰

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi menghargai jasa dan pengorbanan para guru yang sentiasa komited dalam mendidik anak bangsa. Sambutan yang bertemakan β€œColour Blocking” ini turut diserikan dengan persembahan, pertandingan, jamuan serta gelagat sporting warga sekolah yang menceriakan suasana majlis. 🌈✨

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru, AKP, PIBG serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan sambutan ini. ❀️

Semoga sambutan ini menjadi pemangkin semangat buat seluruh warga pendidik untuk terus menabur bakti dengan penuh dedikasi dan keikhlasan. 🌹

β€œGuru Bitara, Nadi Negara” πŸ‡²πŸ‡Ύ

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kampong Peringgit?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


KM4 Jalan Pantai Peringgit
Kampong Peringgit
75400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00