Seri Butik
Butik pakaian muslimah yang mementingkan gaya kemodenan namun masih menutup aurat. Penampilan yang bersederhana tampil segar mampu menambah keyakinan dalam penggayaan harian. Waktu urusniaga: Isnin - Jumaat (10am - 5pm)
Proses order: Secara online sahaja. Whatsap: 0176435207 (waktu bekerja sahaja)
Instagram: seributik.my
Facebook: seri butik
TERIMA KASIH KERANA PERCAYAKAN KAMI! MOTTO
"Bergaya & Bersyariat"
Kesan yang berkemungkinan wujud jika kita suami isteri tiada simpanan. Antaranya adalah:-
Keperluan Kewangan yang Tidak Dijangka: Tanpa simpanan, suami dan isteri mungkin terdedah kepada risiko kewangan jika berlaku kecemasan atau keperluan mendadak seperti sakit, kecederaan atau kehilangan pekerjaan.
Tekanan Emosi: Kurangnya simpanan boleh menyebabkan tekanan emosi dan ketidakstabilan dalam hubungan. Ketidakpastian status kewangan boleh menyebabkan masalah dari segi konflik rumah tangga berterusan, rasa tidak selamat dan kebimbangan dalam rumah tangga.
Ketidakupayaan Menghadapi Krisis: Tanpa simpanan, suami dan isteri mungkin tidak dapat mengharungi krisis yang tidak dijangka, seperti kehilangan pendapatan atau perbelanjaan besar yang tiba-tiba datang.
Kesederhanaan di waktu Persaraan: Tanpa simpanan yang mencukupi, persaraan boleh menjadi masa yang s**ar di mana suami dan isteri mungkin terpaksa bergantung pada bantuan luar atau mengurangkan gaya hidup mereka. Atau mungkin terpaksa bergantung bantuan kewangan dari anak-anak sepenuhnya. Situasi ini menjadi agak kurang menggembirakan apabila anak-anak hidupnya sekadar ada cukup makan.
Peningkatan Risiko Hutang: Tanpa simpanan, suami dan isteri mungkin terdedah kepada risiko hutang. Di mana terpaksa bergantung kepada pinjaman saudara mara dan jiran tetangga dalam situasi kecemasan atau keperluan mendadak.
Kurangnya Peluang untuk Membangunkan Harta Bersama: Simpanan adalah asas untuk membina kekayaan jangka panjang dan membantu mencapai matlamat kewangan bersama. Tanpa simpanan, suami dan isteri mungkin kurang berpeluang untuk melabur atau membina kekayaan bersama. Ini adalah faktor yang ramai pasangan terlepas pandang.
Oleh itu, adalah penting untuk suami dan isteri berkomunikasi secara jujur dan bina perancangan kewangan masa depan bersama-sama. Ini termasuk lah menyediakan simpanan kecemasan, perancangan di waktu persaraan dan pengurusan hutang dengan bijak.
Merancang lah hari ini!
Usah bertangguh!
Noraini Ahmad
Isnin - 29 April 2024
18/02/2024
Bila sarungkan sampan warna lembut macam ni, auto makin nampak tinggi dan hensem. Setuju? https://shope.ee/3ffUpYSaAv
02/02/2024
SELESAKAN IBADAH IBU AYAH DI BULAN PUASA!
Musim Haji & Umrah sekarang ni kan? Boleh hadiahkan mak ayah koleksi sejadah jenis premium ni. Ada offer sekarang di https://shope.ee/5pjah3qqy6 sini.
Mak ayah mesti bangga ada anak yang sentiasa ingatkan mereka. Sentiasa hantar hadiah, sentiasa call walaupun tinggal jauh. Kita buat baik pada maka ayah, anak-anak kita akan buat baik pada kita jugak (bila dah ada anak nanti).
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Jln. Seri Putra 2/3, Bandar Seri Putra
Kajang
43000