Nota Visual

Nota Visual

Share

02/10/2024

Berpinar biji mata dan pusing kepala meneliti 'case study' untuk program latihan akan datang. Walaupun guna ChatGPT.

Guna ChatGPT jangan guna kosong-kosong tanpa tahu apa-apa. Tanya soalan, dapat jawapan dan terus salin, tampal dan guna. Itu penggunaan ChatGPT yang tidak bijak.

Itu sebabnya pada awal ChatGPT keluar saya agak skeptikal. Saya risau apa sahaja yang dihasilkan adalah hasil teknologi yang langsung tidak dimurnikan dengan pemikiran manusia yang penuh dengan kebijaksanaan, nilai dan pertimbangan-pertimbangan tertentu.

Lama kelamaan, saya belajar sendiri dan bertanya sana dan sini. Saya juga dengar komentar para pendidik di universiti, pemilik organisasi dan sebagainya. Seperti biasa pasti ada baik dan buruknya.

Akhirnya apa yang saya belajar adalah gunakanlah ChatGPT untuk memudahkan kerja kita. Namun kena ada ilmu tentang apa yang kita terokai itu. Jika tidak ia tiada beza sangat pun dengan kita meng'goggle' maklumat.

Apapun jawapan yang diberikan kita kena teliti. Kena sahkan dengan pengetahuan yang kita ada atau dengan sumber lain. ChatGPT seharusnya membantu kita berfikir bukan mempercepatkan kerja kita semata-mata.

Dengan proses dan teknik yang betul barulah kita dapat memurnikan dapatan ChatGPT dan menjadikan hasil kerja itu lebih autentik.

Terima kasih Coach Amirul Mannan kerana beri izin saya baca buku ebooknya untuk saya meneroka penggunaan chatGPT. Kini rasa skeptikal itu telah saya ketepikan kerana saya tahu chatGPT membantu saya membuat kerja bukan membuat kerja saya.

22/07/2024

Pepatah Melayu ada mengatakan;

Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

Orang kampung saya p**a sebut; ‘no pain no gain.’

Dalam erti kata mudah, tiada perkara yang mudah dicapai – ia perlukan usaha dan kita mungkin mengalami segala perit jerih sebelum mencapai apa yang kita inginkan. Dalam pada itu, kita seharusnya belajar sesuatu daripada usaha yang telah kita jalani sebelum.

Ada 3 keadaan yang mungkin kita lalui.

Pertama; perjalanan yang tiada halangan. Ia berjalan lancar kerana kita mempunyai matlamat yang jelas. Lebih kita bernasib dalam perjalanan tersebut kita mempunyai sistem sokogan yang kuat. Apa yang kita pelajari mungkin bersifat linear dan kurang nilainya.

Perjalanan kedua agak sama dengan perjalanan yang pertama. Bezanya, ia penuh dengan cabaran. Ada masa kita di atas dan mungkin kebanyakkannya kita akan berada di bawah. Apabila kita mencapai matlamat kita, selain kepuasan diri kita akan akan banyak belajar perkara baru. Perkara-perkara inilah yang akan mematangkan diri kita.

Namun, jika kita tidak mempunyai matlamat yang jelas maka kita akan terumbang-ambing dan mungkin berpusing-pusing di tempat yang sama. Perkara ini yang akan menyebabkan kita berasa lesu dan akhirnya membuatkan kita berputus asa. Jika ia berlaku. Berhenti segera dan tetapkan semula matlamat dan strategi anda.

Kita pernah melalui ketiga-kita jalan ini dan pastinya ramai yang selesa dengan laluan yang pertama. Semakin lama kita di laluan ini maka semakin selesa kita di situ dan menyebabkan kita akan berada di takuk yang sama, tiada perubahan atau pembaharuan di dalam hidup kita. Anda boleh rujuk kepada pos saya sebelum ini berkenaan dengan zon selesa.

Maka pilihan di tangan anda. Samada terus selesa dengan laluan anda atau bersedia dengan segala cabaran yang menanti di hadapan. Yang penting anda jelas dengan matlamat hidup kita.

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Kajang
43000