Excel Qhalif

Excel Qhalif

Share

Kami menyediakan Program Intervensi EIP, Terapi Carakerja, Terapi Pertuturan, Playgroup Therapy, ABA Therapy, Diagnosis dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas Swasta. Excel Qhalif merupakan satu institusi konsultan dan perkhidmatan yang menjalankan program-program yang berbentuk pendidikan terutama bagi pendidikan awal kanak-kanak. Antara program yang dijalankan oleh Excel Qhalif ialah Excel Qhalif Pl

25/08/2025

"Occupational Therapy boleh bantu anak saya ke?"

Soalan ni sering ditanya oleh ibu ayah yang risau bila nampak anak lambat urus diri, tak faham isyarat badan, susah fokus, atau cepat meltdown.

Sebenarnyaโ€ฆ Occupational Therapy (OT) bukan sekadar untuk rawatan.

Ia satu bentuk intervensi yang bantu anak capai potensi terbaik dalam kehidupan seharian seperti :

๐Ÿง  1. Sensory & Motor Skills
โ€ข Anak terlalu sensitif dengan bunyi, sentuhan, atau pergerakan?
โ€ข Atau nampak โ€˜blurโ€™, tak peka sekeliling?
OT bantu seimbangkan deria & kembangkan otot kasar dan halus โ€“ supaya anak lebih selesa & berfungsi.

๐Ÿšฝ 2. Latihan Tandas (Toilet Training)
โ€ข Anak susah faham bila nak ke tandas?
โ€ข Tak kenal isyarat tubuh sendiri?
OT bantu dengan visual aid, timer, dan latihan rutin supaya anak lebih bersedia & faham konsep toilet training.

๐Ÿงฉ 3. Kemahiran Urus Diri (Self-Help Skills)
โ€ข Susah nak pakai baju sendiri? Gosok gigi? Makan dengan sudu?
OT latih anak buat semua ni secara step-by-step, ikut keupayaan mereka.

๐Ÿ’ฌ 4. Regulasi Emosi & Tingkah Laku
โ€ข Anak cepat marah, meltdown, atau s**ar tukar rutin?
OT gunakan teknik seperti sensory diet & permainan regulasi untuk bantu anak kawal emosi mereka.

๐Ÿช‘ 5. Persediaan ke Sekolah (School Readiness)
โ€ข Anak tak boleh duduk lama dalam kelas?
โ€ข Tak tahu guna alat tulis, tak pandai berkawan?
OT akan bantu tingkatkan fokus, kemahiran sosial & motor halus.

๐Ÿ“‹ 6. Alat Bantuan (Adaptive Tools)
โ€ข Anak perlukan sudu khas? Atau kerusi khas untuk stabilkan postur?
OT tahu apa yang sesuai untuk bantu anak lebih berdikari.

๐Ÿ“Œ Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.
๐ŸŽง Ada tips mingguan.
๐ŸŽ™๏ธ Ada live podcast secara percuma.
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.

๐Ÿ‘‰ Klik untuk masuk support group sekarang:
https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH

11/08/2025

โ€œ๐˜ผ๐™ฃ๐™–๐™  ๐™จ๐™–๐™ฎ๐™– ๐™ ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™›๐™ค๐™ ๐™ช๐™จ, ๐™จ๐™ช๐™ ๐™– ๐™œ๐™ž๐™œ๐™ž๐™ฉ ๐™ค๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ & ๐™ฉ๐™–๐™  ๐™ฃ๐™–๐™  ๐™ฅ๐™–๐™ ๐™–๐™ž ๐™—๐™–๐™Ÿ๐™ช ๐™จ๐™š๐™ฃ๐™™๐™ž๐™ง๐™ž. ๐™„๐™ฉ๐™ช ๐™ฃ๐™ค๐™ง๐™ข๐™–๐™ก ๐™ ๐™š?โ€

Ramai ibu ayah risau tapi tak tahu... mungkin anak anda perlukan Occupational Therapy (OT).

Occupational Therapy atau Terapi Cara Kerja adalah satu bentuk terapi yang bantu anak belajar & mahir buat aktiviti harian walaupun anak ada cabaran dari segi:

โœ”๏ธ Perkembangan lambat
โœ”๏ธ Tingkah laku & emosi tak stabil
โœ”๏ธ Isu sensori โ€“ terlalu sensitif / tak perasan bunyi, sentuhan, cahaya
โœ”๏ธ S**ar fokus atau terlalu aktif
โœ”๏ธ Masalah motor halus & kasar
Contohnya:
- Susah pegang pensel โ†’ OT akan latih jari & tangan
- Tantrum bila mandi โ†’ OT akan bantu kawal emosi & sensori
- Tak s**a disentuh / potong kuku โ†’ OT ada teknik urutan & toleransi sensori
- Tak boleh berdikari โ†’ OT ajar pakai baju, makan, pergi tandas sendiri

Terapi ini berbentuk permainan, aktiviti harian & latihan visual โ€“ bukan duduk diam atas kerusi. Anak belajar sambil bermain!
Kalau kita abaikan sekarang, anak mungkin akan terus bergantung pada orang lain walaupun dah besar.

OT bantu anak lebih berdikari, lebih yakin dan lebih tenang.

๐Ÿฅ€ Ada ibu ayah yg alami situasi yg sama ke?Boleh share di KOMEN.

๐Ÿ“Œ Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.
๐ŸŽง Ada tips mingguan.
๐ŸŽ™๏ธ Ada live podcast secara percuma.
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.

๐Ÿ‘‰ Klik untuk masuk support group sekarang:๏ฟฝ https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH

๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ ๏ฟฝ

28/07/2025

๐™†๐™š๐™ฃ๐™–๐™ฅ๐™– ๐™–๐™ฃ๐™–๐™  ๐™จ๐™–๐™ฎ๐™– ๐™จ๐™ช๐™จ๐™–๐™ ๐™จ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฉ ๐™ฃ๐™–๐™  ๐™ก๐™š๐™ฅ๐™–๐™จ ๐™ฅ๐™–๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™จ?

Hi Assalamualaikum.. Ibu ayah dah cuba ke tips yg teacher kongsikan minggu lepas?
Ataupun ibu ayah masih struggle nak lepas pampers anak?

Toilet training untuk kanak-kanak berkeperluan khas bukan semudah ajar โ€˜pergi tandas dan buka seluarโ€™.

Kadang-kadang dah cuba bertahunโ€ฆ tapi hasilnya masih sama.
Dan ini antara cabaran utama kenapa proses ni terasa berat dan lambatโ€ฆ

โœ… 1. Anak tak faham arahan
โ€“ Kadang kita cakap, tapi anak tak faham.
โ€“ Ayat โ€œpergi tandas, buka seluarโ€ pun mungkin terlalu kompleks untuk dia hadam.
โ€“ Atau dia mudah sangat lupa bila tengah buat sesuatu.

โœ… 2. Anak tak rasa bila nak kencing/berak
โ€“ Badan dia tak bagi signal yang jelas.
โ€“ Bila dia rasaโ€ฆ dah terlambat.
โ€“ Kita pun tak sempat bantu, dan akhirnya terkucil lagi.

โœ… 3. Anak takut perubahan
โ€“ Rutin yang berubah sikit pun boleh buat anak jadi cemas.
โ€“ Tandas p**a mungkin tempat yang sangat tak selesa: bunyi flush, cahaya terang, duduk atas mangkuk yang sejukโ€ฆ
โ€“ Semuanya terlalu banyak untuk anak proses.

โœ… 4. Tingkah laku yang mengelirukan
โ€“ Anak tolak pergi tandas sebab trauma?
โ€“ Atau mungkin dia dah โ€˜selesaโ€™ buang air dalam pampers.
โ€“ Kadang kita rasa dia โ€˜degilโ€™, tapi sebenarnya itu satu-satunya cara dia rasa selamat.
โœ… 5. Pergerakan yang terbatas
โ€“ Nak buka seluar pun susah.
โ€“ Duduk atas toilet pun rasa takut dan tak stabil.
โ€“ Anak perlukan bantuan, tapi kita tak selalu tahu macam mana nak tolong.

โœ… 6. Anak tak boleh luah apa yang dia rasa
โ€“ Dia nak buang airโ€ฆ tapi tak tahu macam mana nak bagitahu.
โ€“ Kita p**a lambat perasan, akhirnya anak kecewa dan hilang semangat.

โœ… 7. Sensory yang mengganggu
โ€“ Pampers basah pun dia tak rasa tak selesa.
โ€“ Tapi lantai bilik air yang sejuk, bunyi flush kuatโ€ฆ semua tu terlalu โ€˜menggangguโ€™.
โ€“ Jadi dia lebih rela pakai pampers.

โœ… 8. Tiada sokongan yang sama rata
โ€“ Di rumah kita ajar, tapi di taska atau rumah pengasuh tak sama pendekatannya.
โ€“ Proses jadi keliru. Anak makin tak faham. Kita makin penat.

๐Ÿฅ€ Ada ibu ayah yg alami situasi yg sama ke?
Boleh share di KOMEN.

๐Ÿ“Œ Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.
๐ŸŽง Ada tips mingguan.
๐ŸŽ™๏ธ Ada live podcast secara percuma.
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.

๐Ÿ‘‰ Klik untuk masuk support group sekarang:
https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH

21/07/2025

๐˜๐˜‰๐˜œ ๐˜ˆ๐˜ ๐˜ˆ๐˜ ๐˜‰๐˜œ๐˜•๐˜›๐˜œ ๐˜‹๐˜ˆ๐˜, ๐˜ˆ๐˜•๐˜ˆ๐˜’ ๐˜’๐˜Œ๐˜™๐˜ˆ๐˜— ๐˜’๐˜Œ๐˜•๐˜Š๐˜๐˜•๐˜Ž ๐˜ˆ๐˜›๐˜ˆ๐˜š ๐˜“๐˜ˆ๐˜•๐˜›๐˜ˆ๐˜?

๐Ÿ‘‡ Ini 5 tips penting yang Teacher nak kongsikan:
Digunakan oleh Terapis Cara Kerja (Occupational Therapist)

1. Kenal Pasti Tanda Anak Bersedia (Readiness Signs)
Sebelum mula, pastikan anak *dah tunjuk tanda-tanda sedia*, seperti:

Tak selesa bila pampers basah
Pandai buka pampers sendiri
Tunjuk minat pada tandas
Dah boleh duduk stabil atas toilet
Anak yang belum bersedia, bila dipaksaโ€ฆ akan lebih stres dan menolak proses toilet training.

2. Rutin Tetap & Jadual Ke Tandas
Gunakan jadual tandas tetap (contohnya: setiap 30-45 minit, selepas makan/minum) walaupun anak belum minta.
Konsisten = Kunci.
Bila rutin teratur, otak anak akan belajar hubungkan waktu dan rasa ingin buang air.

3. Gunakan Isyarat Visual atau Gambar (Visual Schedule)
Ramai anak special needs lebih faham melalui *gambar berbanding arahan lisan*.
Guna kad gambar langkah demi langkah seperti:
๐Ÿšช Masuk tandas โ†’ ๐Ÿšฝ Duduk โ†’ ๐Ÿงป Lap โ†’ ๐Ÿšฟ Basuh โ†’ ๐Ÿงผ Cuci tangan
Boleh buat carta bergambar dan tampal dekat tandas rumah.

4. Reward Sistem & Pujian Positif
Anak lebih semangat kalau dapat penghargaan kecil:

Peluk, high-5, atau sticker
Pujian seperti โ€œPandainya kakak hari ni pergi toilet!โ€
Tapi ingat, elakkan ugutan atau marah bila anak tak berjaya. Fokus pada usaha, bukan hasil.

5. Kenal Sebab Anak Terkucil & Cari Pola
OT akan bantu analisa bila & kenapa anak selalu terkucil.
Contoh:

Terlalu fokus bermain?
Takut bunyi pam tandas?
Tak faham rasa nak buang air?
Bila dah kenal pasti puncanya, barulah mudah kita bantu dengan strategi yang sesuai

๐Ÿ“Œ Buat ibu ayah yang masih berjuang,
kami nak ajak anda masuk ke dalam komuniti Support Group Excel Qhalif.
Kami faham rasa penat.
Kami tahu rasa nak give up.
Tapi dalam group ni, kita saling kuatkan. Kita belajar, kita dengar, kita faham.
๐ŸŽง Ada tips mingguan.
๐ŸŽ™๏ธ Ada live podcast secara percuma.
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง Ada kawan seperjuangan yang takkan menghakimi.

๐Ÿ‘‰ Klik untuk masuk support group sekarang:
https://chat.whatsapp.com/DfAcO3aLRocAEQ5Go2EIsH

Kita kuat sebab kita terus mencuba,
walaupun kadang-kadang kita sendiri tak pasti arah.
Dan ingat โ€” ibu ayah tak keseorangan dalam perjuangan ni. ๐Ÿค

Photos from Excel Qhalif's post 19/03/2025

Lets take a look and understand the reasons behind a child's behavior.๐Ÿ’ก

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No 21-2, Jalan Reko Sentral 6, Jalan Reko Sentral
Kajang
43000

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 08:30 - 16:00
Sunday 08:30 - 16:00