Halwanis
Halwanis adalah singkatan bagi Badan Hal Ehwal & Kebajikan Wanita Selangor yang berfokuskan kepada isu-isu wanita.
18/02/2026
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN! 🌙✨
Assalammualaikum WBT warga Hulu Langat tercinta,
Beberapa jam sahaja lagi, kita akan melangkah masuk ke gerbang penuh rahmah. Kami di HALWANIS Hulu Langat ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak buat semua! 🕌🌸
DOA MALAM INI:
"Ya Allah, bantulah kami untuk sentiasa mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan memperbaiki ibadah kami kepada-Mu di bulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah puasa dan qiam kami, serta jadikanlah setiap amalan kami tulus ikhlas hanya kerana-Mu." 🤲 (Rujukan Doa Harian: Laman Web MyJAKIM)
PESANAN BUAT SAHABAT HALWANIS:
💖 Mulakan dengan Niat: Malam ini, jom kita pasang azam paling kuat. Bukan sekadar nak kurus, tapi nak "kuruskan" dosa dan "gemukkan" pahala.
💖 Eratkan Kasih Sayang: Buat para ibu dan wanita di Hulu Langat, semoga setiap hidangan sahur dan berbuka yang disediakan menjadi asbab syurga buat kalian.
💖 Infaq Ramadan: Jangan lupa selitkan sedikit rezeki buat tabung kebajikan Halwanis. (Link di komen)
HARAPAN KAMI:
Semoga Ramadan esok menjadi permulaan kepada perubahan yang lebih baik. Mari kita jadikan daerah Hulu Langat bercahaya dengan tadarus Al-Quran dan semangat ukhuwah yang kental.
Selamat menunaikan solat Tarawih pertama dan selamat bersahur esok! 🥘📿
Ikhlas,
HALWANIS Hulu Langat 🌸
17/02/2026
🧧 Tahun Baharu Cina, Semangat Perpaduan Hulu Langat! 🧧
Kami di HALWANIS Hulu Langat ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh warga Hulu Langat yang meraikannya.
Makan besar bersama keluarga,
Tradisi dijaga, hubungan erat;
Gong Xi Fa Cai buat semua,
Keharmonian dikecap di Hulu Langat.
Semoga tahun ini membawa kemakmuran, kesihatan yang baik, dan kebahagiaan yang melimpah ruah buat anda sekeluarga! 🍊✨
Langat
BACK TO SCHOOL.
ALL THE BEST KIDS!
07/01/2026
Perhatian buat penerima SARA!
Bantuan SARA 2026 telah dikreditkan.
Anda boleh mula membuat semakan di aplikasi MyKasih bermula hari ini Khamis, 8 Januari 2026.
Jangan lupa semak ya!
Assalamualaikum wbt.
Puasa AYYAMUL BIDH ataupun disebut Puasa Putih di bulan REJAB 1447H Januari 2026
InsyaAllah jatuh pada hari-hari berikut:-
🌷 Sabtu, 3/1/ 2026 - 13 Rejab 1447H
🌷 Ahad, 4/1/2026 - 14 Rejab 1447H
🌷 Isnin, 5/1/2026 - 15 Rejab 1447H
Semoga dipermudahkan segala urusan kita untuk meraih rahmat dan redhaNya.
16/12/2025
PERMOHONAN STR 2026 TELAH DIBUKA: JANGAN TERLEPAS BAYARAN STR FASA 1
Permohonan STR 2026 telah pun dibuka dan boleh dimohon oleh rakyat Malaysia sama ada B40 atau M40.
Daftar di link
https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Permohonan
Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut – turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.
Semak di link ini
https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Kajang
43000