My STEM Institute

My STEM Institute

Share

We empowering Malaysia's future through cutting-edge STEM education solutions. Our mission at Malaysia STEM Institute is to excite, inspire, and motivate young people about the fun, importance and impact of non-direct education from robotics, technology to arts in today's world

Photos from My STEM Institute's post 22/05/2026

Seramai 40 orang guru dari Perlis dan Kedah telah menyertai program YUEM TECHLEAD TEACHERS 2026, sebuah inisiatif pembangunan profesional guru yang memberi fokus kepada teknologi dan inovasi dalam pendidikan. 🌟

Program kursus pertama ini bertemakan β€œAI for Teacher”, dengan pendedahan kepada pelbagai perisian dan aplikasi AI yang boleh digunakan dalam:
βœ… Pengajaran & pembelajaran
βœ… Tugasan harian guru
βœ… Penghasilan bahan kreatif & interaktif
βœ… Pengurusan data dan produktiviti

Sepanjang program 2 hari 1 malam, para peserta melalui pengalaman pembelajaran yang merangkumi:
πŸ“˜ Learning
πŸ›  Development
🎀 Presentation

Empat elemen utama yang menjadi tunjang program ini ialah:
πŸ€– AI
πŸ“Š Data
πŸ’» Technology
πŸŽ™ Symposium

Turut diketengahkan ialah penggunaan akaun DELIMa guru, yang sebenarnya menyediakan akses kepada pelbagai perisian AI dan teknologi pendidikan untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga pendidik.

Terima kasih kepada Yayasan UEM atas komitmen berterusan dalam memperkasakan pendidikan dan membina ekosistem guru yang bersedia menghadapi masa depan digital. πŸ’™

Photos from My STEM Institute's post 21/05/2026

My STEM Institute ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan PETRONAS dan Teach For Malaysia (TFM) atas jemputan ke program Duta Guru – Perbincangan Meja Bulat Zon Tengah.

Kami amat berbesar hati dapat bersama-sama dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam ekosistem pendidikan dan STEM untuk berbincang, berkongsi pandangan serta membina usaha kolaboratif bagi memperkasa komuniti Duta Guru di Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Perak.

Kami percaya bahawa masa depan pendidikan STEM yang lebih inklusif dan berimpak hanya dapat dicapai melalui kerjasama strategik antara pendidik, industri, organisasi dan komuniti.

Semoga lebih banyak inisiatif bermakna dapat diwujudkan demi melahirkan generasi masa depan yang berdaya cipta, kritikal dan bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar. πŸš€

Want your business to be the top-listed Shop in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Unit 30-3 Jalan Impian Mahkota 1
Kajang
43000