RareCafe
Every cup, every plate, every conversation reflects the values of our community: learning, problem‑solving, kindness, and shared growth.
16/06/2026
Hari Isnin selalunya menjadi hari dorman untuk kebanyakan kedai kopi dan kafe di sekitar Bangi dan Kajang sebab kebanyakannya tutup. Tapi di RareCafe, kami tetap BUKA SETIAP HARI demi meraikan peminat-peminat tegar kopi dan hidangan kami yang tak reti duduk diam.
Dipendekkan cerita, tengah hari tadi kaunter RareCafe disapa oleh seorang insan yang inspirasional bagi kami. Bagi kau yang kaki travel, nama Amir Arsad ni memang tak asing lagi.
Ni lah anak muda yang pernah buat negara bangga dengan misi kembara berbasikal solo, mengayuh merentas berpuluh negara dari Malaysia hinggalah ke benua Eropah!
Menariknya, Amir ni sekarang pun dah jadi usahawan kopi dengan mengusahakan kafenya sendiri, KOPI yang terletak di dalam Bangunan ARKED MARA, Kajang. Kafe dia pun bukan kaleng-kaleng dik, selalu jadi port tumpuan follower dia dari Singapura.
Dah jadi satu trend CAFE HOPPING yang menarik sekarang, dia datang pekena Shakshouka kat RareCafe dulu, lepas tu dorang akan lajak port seterusnya lepak minum kopi kat kafe Amir p**a.
Komuniti kopi dan travel kita ni memang kecil dan sangat supportive, dik!
Siapa yang ikut perjalanan kami dari awal mesti tahu, hubungan kami di RareTV dengan Amir ni dah lama bertaut. Dok sembang ni sambil imbas balik zaman PKP dulu, waktu channel RareTV baru sahaja nak mengumpul taring, Amir lah yang sudi bersama-sama kami buat Live streaming khas meraikan pencapaian 100,000 subscribers kami yang pertama.
Hari ni, waktu Abang tengah menulis post ni, angka subscribers RareTV dah mencecah 499,718 orang!
Sikit lagi nak pecah angka keranat 500k, dik.
Dik, kalau kau tengok video kami tapi belum tekan butang SUBSCRIBE tu, better kau pergi tekan sekarang juga dik sebelum Abang merajuk. Hahaha!
Satu benda yang kau kena tahu pasal kami di sini dik, kebanyakan kapten, hos dan kru pantang sahaja musim panas menyapa dunia, ramai antara kami yang akan mula terbang keluar mengembara memimpin trip pusing dunia bersama Rarecation.
Sebab itu, kalau kau seorang bangsa kembara atau traveller tegar, RareCafe ni adalah destinasi wajib untuk kau jejak. Kat sini bukan sekadar tempat mengunyah makanan, tapi di sinilah lubuk untuk kita cipta kenangan, bentang peta dan berkongsi cerita pengembaraan masing-masing.
Sebab tu ramai alumni Rarecation s**a sangat bawa famili dorang berkumpul kat sini. Sekali kau dah masuk ke dalam kompleks Rumah Prihatin Warga Prihatin (RPWP), Abang jamin kau akan rasa susah sangat nak tinggalkan kompaun ni.
Masuk sahaja ke dalam kafe ni dik, kau akan terus disambut dengan layanan mesra yang membahagiakan. Sambil tunggu makanan siap, kau boleh melawat galeri yang mempamerkan timeline dan sejarah air mata pembangunan RPWP dari hari pertama tanah ni dibuka sehinggalah ke hari ni.
Fuh, kalau kau duduk dalam kafe ni waktu pagi, silap-silap kau tak sedar pun kat luar tu dah bertukar petang. Dia punya ralit menyembang pasal dunia luar, sambil tangan menyuap Shakshouka panas, hirup kuah Mee Kari Nyonya atau cicah Roti Bakar Telur Itik... sampai kau boleh lupa yang dunia sekeliling sedang bergerak senyap meninggalkan masa.
Vibe dia sangat tenang! Abang kalau dah buat kerja dalam cafe sah boleh hanyut. Haha..
Sok dik, ikon kembara dunia macam Amir Arsyad pun dah sampai melabuh punggung kat sini. Kau yang dekat-dekat ni bila lagi nak muncul?
Terima kasih Abang ucapkan kepada semua yang datang setiap hari mewarnai kisah dan menjadi sebahagian daripada lembaran sejarah RareCafe.
Abang nak kau tau satu benda dik.
Dalam diam kau membeli dan menikmati hidangan daripada air tangan anak-anak kami, tanpa sedar setiap suapan dan sisipan kopi yang masuk ke tekak kau sebenarnya sedang mengalirkan pahala amal, menjadi dana serta sumbangan langsung kepada pembangunan komunit RPWP.
Terima kasih dik, kerana sudi menjadi penyokong, tulang belakang dan aset paling berharga buat kami.
Abang tunggu kau setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Sabtu dan Ahad kami mula operasi dari 8.00 pagi.
Shauqi Hasan
Yang tengah berkira-kira nak kayuh basikal juga, tapi takut pancit tengah jalan kat Bosnia.
Kau yang membaca ni, cer korang tag kawan-kawan kau yang hantu travel atau geng kaki basikal!
08/06/2026
Terima kasih Ms. San atas kata-kata semangat ni. Ia buatkan Abang dengan seluruh crew makin berkobar-kobar nak tambahbaik lagi kualiti makanan dan servis kami buat korang semua.
Abang nak ucap terima kasih berbanyak-banyak buat kalian yang sudi singgah cafe kami. Seawal jam 8.00 pagi pintu baru nak buka, orang dah mula muncul kat depan kaunter.
Gembira sungguh tengok kemeriahan hujung minggu. Walaupun terkejar-kejar juga masa antara cafe dan PBAKL di WTC, sempat juga santuni mereka yang hadir ke cafe.
Lagipun, kami baru saja kembalikan legenda dari zaman Dapur Raya Prihatin (DRP) iaitu Mee Kari Nyonya Air Tangan Mak Long Werda!
Dik, kau kena tahu yang kuah kari dia tak berapa cair dan tak berapa pekat, tapi bau aroma rempah ratus dengan warna merah menyala dia tu... kau baru tengok depan mata pun dah cukup buat air liur kau tumpah dik, itu belum suap masuk mulut lagi!
Gabungan rasa dia memang secukup rasa dik, ada lemak santannya, ada pedas manja dan rencah yang meriah.
Hanya RM18 kau dah boleh nikmati satu menu yang buatkan kau kembali ke zaman remaja!
Ramai juga yang datang semata-mata nak merasa mee kari ni.
Padankan p**a dengan Sambal Sotong DRP atau Sambal Paru DRP yang rangup-rangup basah, pergh... dia punya bauran rasa tu memang terangkat!
Dalam masa kami dok sibuk melayan order mee kari, tiba-tiba masuk seorang pelanggan Chinese. Dia datang seorang diri dan duduk kat penjuru cafe. Masa dia order, Abang agak terkejut juga sebab dia tak order mee dik... tapi dia order Shakshouka.
The rest is history..
Kata-kata yang terbit daripada seorang pelanggan yang berbeza bangsa dan budaya. Ia membuktikan satu benda buat Abang.
Bila kita buat kerja dengan jujur, bila kita menjaga kualiti makanan dengan penuh maruah, rasa ikhlas tu akan merentas sempadan bangsa. Orang luar pun boleh rasa jiwa dalam masakan kita.
Kau yang belum sampai tu, dah boleh plan. KAMI BUKA SETIAP HARI.
Isnin ke Jumaat: 9.00 pagi - 7.00 malam.
Sabtu dan Ahad: 8.00 pagi - 7.00 malam.
Abang share lokasi cafe kat komen. Munculkan diri kau esok pagi ya. Abang tunggu!
SH
Bila kita masak dengan hati, makanan tu takkan menipu lidah yang merasainya.
Kau yang dah pernah sampai RareCafe... menu apa yang mula-mula sekali buatkan kau jatuh cinta dengan RareCafe ni? Dan buat kau yang belum sampai, menu mana yang kau paling mengidam nak rasa minggu ni? Cuba komen sikit, Abang nak baca!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Lot 79979, Kompleks RPWP, Jalan Abim, Sungai Ramal Dalam
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 20:00 |
| Tuesday | 09:00 - 20:00 |
| Wednesday | 09:00 - 20:00 |
| Thursday | 09:00 - 20:00 |
| Friday | 09:00 - 20:00 |
| Saturday | 09:00 - 20:00 |
| Sunday | 09:00 - 20:00 |