David Cheong

David Cheong

Share

Photos from David Cheong's post 19/06/2026

《巡视佛慧寺建寺场地》

趁着今天中午有些许时间,我在出席雪兰莪州议会后,抽空前往佛慧寺建寺场地进行巡视,以准备迎接这个星期天早上的动土及奠基典礼。

在现场,我仔细查看了场地布置、设施安排及周边环境,确保星期天的仪式能够顺利进行。佛慧寺的建设不仅是佛教界的一件盛事,也是本区宗教文化发展的重要里程碑。

我期待与各界善信及来宾共同见证这历史性的一刻,也感谢所有参与筹备工作的义工与工作人员,大家的付出让这场盛典得以圆满成就。

===

"𝐓𝐢𝐧𝐣𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐡𝐚𝐫𝐦𝐚 𝐕𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚"

Petang ini, selepas menghadiri 𝐒𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 dan selesai makan tengah hari, saya telah meluangkan masa untuk 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐣𝐚𝐮 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐡𝐚𝐫𝐦𝐚 𝐕𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 sebagai persiapan bagi 𝐦𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐩𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡 dan 𝐮𝐩𝐚𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚𝐚𝐧 yang akan berlangsung pada 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐡𝐚𝐝 𝐢𝐧𝐢.

Semasa tinjauan, saya 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤, 𝐬𝐮𝐬𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐟𝐚𝐬𝐢𝐥𝐢𝐭𝐢 serta 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 bagi memastikan majlis pada hari Ahad nanti berjalan dengan lancar. 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐡𝐚𝐫𝐦𝐚 𝐕𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 bukan sahaja merupakan satu peristiwa besar dalam komuniti Buddha, malah juga satu mercu tanda penting dalam pembangunan keagamaan dan budaya di kawasan ini.

Saya menantikan saat bersejarah ini bersama-sama semua penganut dan tetamu yang hadir, dan 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 kepada semua sukarelawan serta petugas yang telah berusaha keras demi menjayakan majlis ini.

18/06/2026

BAUCAR KITA SELANGOR RM100 MULA 30 JUN 🛒

Inisiatif ini diharap dapat membantu rakyat Selangor mengurangkan tekanan kos sara hidup dengan lebih tersusun dan bersasar.

https://linktr.ee/PINS.Selangor

18/06/2026

KENYATAAN MEDIA

Kajang | 18 Jun 2026

𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗔𝗥𝗨𝗡𝗚, 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗧𝗔𝗝𝗔𝗠 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚

Sejak isu baju Perdana Menteri koyak menjadi perhatian ramai, kita dapat melihat ramai tampil berkongsi pengalaman masing-masing. Hampir semuanya membawa satu mesej yang sama iaitu 𝐬𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧, 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 yang ditunjukkan oleh beliau merupakan teladan yang baik untuk rakyat.

Saya sendiri sudah lama mengikuti dan bekerja dalam persekitaran yang dekat dengan kepimpinan 𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐒𝐞𝐫𝐢 Anwar Ibrahim. Sudah tentu ada banyak pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat saya lupakan.

Antara perkara yang sentiasa melekat dalam ingatan saya ialah 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐜𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧. Perbezaan pandangan boleh diraikan, kritikan boleh dijawab, tetapi kebencian bukan budaya yang harus dipupuk. 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐤𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐛 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭.

Bagi beliau, 𝐡𝐮𝐣𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐟𝐚𝐤𝐭𝐚, 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐟𝐢𝐭𝐧𝐚𝐡. 𝐊𝐫𝐢𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚𝐧. Sebab itu, walaupun berdepan pelbagai serangan dan tuduhan selama puluhan tahun dalam politik, beliau tetap memilih untuk menjawab dengan fakta dan penjelasan.

Saya juga belajar bahawa orang yang beradab tidak perlu meninggikan suara untuk menang. Orang yang beradab tidak perlu menghina untuk membuktikan dirinya betul. Adab bukan tanda kelemahan, tetapi tanda kematangan dan kekuatan peribadi.

Dalam semangat 𝐋𝐢𝐭𝐚'𝐚𝐫𝐚𝐟𝐮 yang sering ditekankan oleh Perdana Menteri daripada 𝐬𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐚𝐥 𝐇𝐮𝐣𝐮𝐫𝐚𝐭: 𝟏𝟑, 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢, 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐥𝐚𝐢𝐧. Perkataan 𝐋𝐢𝐭𝐚'𝐚𝐫𝐚𝐟𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐮𝐝 𝐬𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢𝐚𝐧. Perbezaan kaum, agama, budaya dan latar belakang tidak sepatutnya menjadi alasan untuk bermusuhan. Sebaliknya, ia adalah peluang untuk membina kekuatan persefahaman dan memperkukuh perpaduan.

𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢, 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐩𝐫𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐭𝐞𝐫𝐞𝐨𝐭𝐚𝐢𝐩 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐡𝐚𝐩𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧. Kita akan lebih memahami budaya, adat dan kepercayaan antara satu sama lain, sekali gus mengurangkan salah faham serta prejudis yang sering menjadi punca perpecahan. Semangat ini juga membantu membina keharmonian dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, di mana rakyat daripada pelbagai kaum dan agama dapat hidup bersama dalam suasana saling menghormati tanpa perlu mengorbankan identiti masing-masing.

Lebih penting, istilah 𝐋𝐢𝐭𝐚'𝐚𝐫𝐚𝐟𝐮 juga bermaksud mengukuhkan kerjasama dan kepercayaan antara komuniti. 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐞𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢, 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭. Inilah antara asas penting dalam membina 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 yang berteraskan nilai 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧, 𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭, 𝐢𝐡𝐬𝐚𝐧, 𝐤𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 dan 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧.

Malah, falsafah ini tidak hanya terhad kepada hubungan sesama manusia. 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐝𝐮𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 dan 𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐝𝐢 juga 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝 𝐬𝐞𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢. Kemajuan yang sebenar bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi pembangunan yang berlandaskan karamah insaniah dan menghargai alam sekitar.

Inilah hakikat kematangan sebuah masyarakat Madani, apabila kita berhenti membuat perbezaan dan mula membina persefahaman. Melalui teladan yang baik, kita sedang membina sebuah tamadun manusia yang berpaksikan hati yang murni. 𝐁𝐢𝐚𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐚𝐭𝐚, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐦𝐩𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐤𝐭𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡 𝐣𝐢𝐰𝐚.

David Cheong,
ADN Kajang
Pengerusi Biro Perpaduan Nasional MPN Keadilan Negeri Selangor

TikTok:
https://www.tiktok.com/

Instagram:
https://www.instagram.com/davidcheongkianyoung

Photos from David Cheong's post 18/06/2026

《出席 “第二十一届庆阳香包民俗文化节” 开幕式》

第二十一届庆阳香包民俗文化节于今日正式拉开帷幕。

今早,我随同 “马来西亚国际文化艺术商务促进会” (MICAFA)会员及本地企业家一同出席了开幕式,现场气氛热烈,充分感受到庆阳浓厚的民俗文化魅力。

开幕式结束后,我们也前往展馆进行参观与交流,深入了解香包制作工艺、非遗传承及地方特色产品,并与当地工艺师和参展商互动交流,探讨未来在文化、旅游及手工艺领域的合作潜力。

此次活动不仅增进了我们对中华传统文化的认识,也为马中两地文化交流与经贸合作搭建了良好平台。

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kajang, No. 7 Jalan Pusat Perniagaan 2, Sungai Jelok
Kajang
43000