Polis IPD Julau

Polis IPD Julau

Share

Photos from Polis IPD Julau's post 22/04/2026

LAWATAN KEBAJIKAN PEGAWAI AWAM IPD JULAU

IPD Julau, 22 April 2026 – Lawatan kebajikan telah diadakan di Rumah Elizabeth, Jalan KJD, Julau bagi menziarahi Puan Nursyafika binti Abdul Malik (Kewangan/PERKEP), isteri kepada L/Kpl. Mohd Saizrul Fikri bin Tadjudin dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Julau.

Untuk makluman, beliau telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 7 April 2026 di Hospital Sibu.

Lawatan ini diketuai oleh YDH DSP Alif Haiqal Ramesh bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Julau bersama pegawai serta ahli PERKEP IPD Julau. Sumbangan dan buah tangan daripada Kelab Polis, PERKEP dan SPOCSU IPD Julau turut disampaikan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan ahli keluarga.

Semoga Puan Nursyafika dan bayi sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Lawatan telah berjalan dengan baik dan lancar.

Photos from Polis IPD Julau's post 18/04/2026

PROGRAM KEPOLISAN KOMUNITI
"Sekolahku Selamat, Murid Terpelihara"

IPD Julau- 17 April 2026 di Dewan SK Ulu Sg Naman telah diadakan " Program Kepolisan Komuniti " anjuran IPD Julau bersama SK Ulu Sg Naman. Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran seramai 300 orang melibatkan PDRM, agensi kerajaan, guru, ibu bapa dan murid-murid. Turut hadir memeriahkan program Ydh DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah, Ketua Polis Daerah Julau.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan termasuk ceramah keselamatan siber, pencegahan jenayah dan buli oleh PDRM, ceramah kesihatan oleh KKM serta ceramah pencegahan dadah oleh AADK. Turut diadakan pameran agensi dan demonstrasi oleh pihak Bomba Bintangor.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara polis, sekolah dan komuniti di samping meningkatkan kesedaran tentang keselamatan, kesihatan serta bahaya penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid.

Kerjasama strategik antara PDRM, KKM, AADK, Jabatan Bomba dan pihak sekolah diharap mampu membentuk sahsiah murid yang lebih baik serta mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.
Sepanjang program berlangsung, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dan program berjalan dengan lancar.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Julau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Ibu Pejabat Polis Daerah Julau, Polis Diraja
Julau
96600