Dtc-Jdt UDA UTAMA

Dtc-Jdt UDA UTAMA

Share

Photos from Dtc-Jdt UDA UTAMA's post 11/05/2026

Keputusan perlawanan pertama Liga F14 Piala Hj Mohd Fauzee.

Photos from Dtc-Jdt UDA UTAMA's post 10/05/2026

πŸ”₯ LIGA F14 PIALA HAJI MOHD FAUZEE 2026 BERMULA! πŸ”₯

Hari ini bermulanya saingan Liga F14 Piala Haji Mohd Fauzee Siri 3 Tahun 2026 yang melibatkan pembangunan bola sepak kategori bawah 14 tahun βš½πŸ†
Sebanyak 8 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan liga kali ini bagi memastikan pembangunan bakat muda terus diperkasa dan diberi ruang kompetitif yang berkualiti.

Sebagai tanda sokongan kepada pembangunan akar umbi bola sepak, setiap pasukan yang menyertai liga ini turut menerima sebiji bola β€œMatch Ball” yang telah disampaikan sendiri oleh Tuan Haji Mohd Fauzee kepada semua pasukan yang terlibat di venue Padang SMK Bandar Uda Utama.

Perlawanan pada hari ini berlangsung di dua venue utama iaitu:
πŸ“ Padang SMK Bandar Uda Utama
πŸ“ Padang SMK Tun Aminah

Lebih menarik, kejohanan kali ini turut dibantu oleh barisan Pengadil Muda hasil daripada Program Pengadil Muda yang telah dilaksanakan sebelum ini. Penglibatan mereka sedikit sebanyak membantu merancakkan lagi ekosistem pembangunan bola sepak akar umbi serta memberi pengalaman sebenar dalam pengendalian perlawanan.

Semoga Liga F14 Piala Haji Mohd Fauzee 2026 terus menjadi platform terbaik dalam melahirkan pemain-pemain muda berbakat serta memperkukuhkan pembangunan bola sepak peringkat sekolah dan kawasan Iskandar Puteri ⚽πŸ’ͺ

Photos from Dtc-Jdt UDA UTAMA's post 30/04/2026

Taklimat Liga F14 Piala Haji Mohd Fauzee untuk kategori U14. Liga F14 ini telah masuk Siri 3. Liga ini melibatkan 8 buah sekolah yang berada dalam kawasan Iskandar Puteri. Penglibatan Pengadil Muda juga turut bersama memeriahkan kejohanan liga ini yang dijangka mengambil masa selama 8 minggu. Semoga dapat mencungkil bakat pemain ke arah kecemerlangan bola sepak.

24/04/2026

πŸ˜ŽπŸ‘•βš½πŸ”₯

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Uda Utama 1, Bandar Uda Utama
Johor Bahru
81200