Johor Insurance Solution
01/05/2024
Perniagaan pemilikan tunggal (“sole proprietorship”) atau juga dikenali sebagai enterprise adalah bentuk perniagaan yang paling asas dan mudah ditubuh serta diurus. Perniagaan pemilikan tunggal adalah sesuai bagi perniagaan kecil yang dimiliki dan diurus oleh seorang pemilik.
Bagi pemilikan tunggal, pemilik dan perniagaan dianggap sebagai entiti yang sama. Ini bermakna bahawa segala kegiatan yang dijalankan oleh perniagaan dianggap sebagai kegiatan pemilik. Segala aset dan liabiliti perniagaan adalah juga aset dan liabiliti pemilik.
👉Kenapa syarikat boleh jatuh muflis jika berlakunya kematian pemilik tunggal ?
1.Operasi perniagaan di bawah nama pemilik dianggap tamat dan waris pemilik tidak boleh mengambil alih perniagaan secara automatik tetapi tertakluk kepada proses pembahagian harta pusaka.
2. Segala aset dan liabiliti perniagaan adalah juga aset dan liabiliti pemilik oleh itu hutang perniagaan boleh dituntut dari pemilik melalui tindakan mahkamah di mana pemilik mungkin kehilangan segala aset peribadi untuk menyelesaikan hutang perniagaan.
#
29/04/2024
Berikut adalah antara tips yang mungkin dapat membantu dalam pemilihan insurans.
👉 Pilih manfaat atau risiko yang ingin dilindungi.
👉Tentukan jumlah bayaran yang sanggup dikeluarkan.
👉 Pilih cara pembayaran yang memudahkan. ( auto debit atau manual )
👉 Dapatkan bantuan daripada ejen yang lebih bertindak sebagai penasihat
kewangan, bukan sebagai jurujual semata-mata. ( bagi mengelak kan
pembayaran yang tidak perlu )
👉 Berikan tempoh untuk berfikir dan bertenang
👉 Pilih pelan perlindungan yang ada ikatan pelaburan dan kad perubatan
👉Ambik tahu cara2 membuat tuntutan mengikut prosidur sebenar
👉Adakah semua penyakit dan kecederaan dapat ditanggung di dalam pelan perubatan?
#保险知识 #商业保险知识 #商业保险
------------------------------------------------
任何关于商业保险咨询都欢迎私信我哦
------------------------------------------------
Any inquiries about insurance are welcome to PM/DM me
24/04/2024
👉HIBAH MUTLAK
Pengertian yang mudah difahami adalah pemberian tanpa bersyarat dan harta menjadi milik si penerima sepenuhnya dan berkuat kuasa serta merta. Namu harus diingat kan jika penerima meninggal dahulu dari pemberi , harta tersebut akan menjadi milik waris- waris faraid penerima.
👉HIBAH BERSYARAT
Perbezaan yang mudah , ia adalah hibah yang disertakan dengan syarat yang tidak mendorong kepada fasid ( rosak ) . Pemberian harta akan dibuat selepas kematian pemberi.
Selagi pemberi hibah tersebut masih hidup, beliau masih boleh memanfaatkan harta tersebut untuk dirinya sendiri dengan persetujuan penerima hibah. Tetapi sekiranya penerima hibah meninggal terlebih dahulu, maka hibah tersebut akan kembali semula kepada pemberi hibah tersebut. Hibah bersyarat boleh terbentuk secara 3 bahagian ( idafaf, tawqit dan taliq)
👉HIBAH AMANAH
Kaedah ini adalah melantik individua tau syarikat amanah sebagai pemegang amanah yang menerima harta hibah. Andainya pemberi sudah meninggal dunia individu ini yang bertanggungjawab menguruskan dan menyerahkan kepada penerima yang sebenar.
#保险知识 #商业保险知识 #商业保险
------------------------------------------------
任何关于商业保险咨询都欢迎私信我哦
------------------------------------------------
Any inquiries about insurance are welcome to PM/DM me
22/04/2024
5 SYARAT UTAMA KEY-MAN BOLEH DIKENAKAN POTONGAN CUKAI.
1. Insurans Tidak Mengandundingi Sebarang Eleman Pelaburan [ Tiada Pulangan Tunai ]
2. Insurans Harus Ditamatkan Pada Akhir Tempoh Insurans
3. Insurans Hendakla Di Ambil Atas Seorang “Key -Person “Atau “Orang Utama “Dalam Syarikat Di Mana Ketiadaan Individu Ini Boleh Mengakibat Kan Pengurangan Keuntungan Dalam Syarikat
4. Benifisiari Harusla Dibayar Kepada Syarikat Atau Majikan.Ia Nya Tidak Boleh Dibayar Kepada Key -Person Atau Keluarga.
5. Invidividu Yang Diberi Insurans Bukanla Pemegang Saham Atau Pemilik Syarikat.
#保险知识 #商业保险知识 #商业保险
------------------------------------------------
任何关于商业保险咨询都欢迎私信我哦
------------------------------------------------
Any inquiries about insurance are welcome to PM/DM me
05/04/2024
Perniagaan perkongsian ialah entiti komersial di mana dua atau lebih orang atau syarikat bekerjasama untuk menjalankan satu perusahaan. Ini mungkin langkah terbaik organisasi anda kerana perkongsian menyediakan sumber yang lebih baik untuk firma anda berjaya
Antara kelebihan perkongsian perniagaan.
1-Peningkatan Modal
2-Kepakaran yang Berbeza
3-Perkongsian Risiko
4-Fleksibiliti dalam Pengurusan
5-Pembahagian Tanggungjawab
6-Perkongsian Pemikiran dan Idea
Namun begitu, adalah penting juga untuk mengambil kira kelemahan dan risiko yang berkaitan dengan perkongsian perniagaan sebelum membuat keputusan terakhir.
#保险知识 #商业保险知识 #商业保险
------------------------------------------------
任何关于商业保险咨询都欢迎私信我哦
------------------------------------------------
Any inquiries about insurance are welcome to PM/DM me
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
20B, Jalan AUSTIN HEIGHTS 3/2, TAMAN AUSTIN HEIGHTS
Johor Bahru
81100