Pusat Pendidikan Al-Azhar

Pusat Pendidikan Al-Azhar

Share

Sebuah pusat pendidikan yang bercita-cita tinggi untuk melahirkan para du'at yang mampu menyampaikan risalah Allah kepada seluruh lapisan masyarakat.

27/05/2026
Photos from Pusat Pendidikan Al-Azhar's post 25/05/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada wakil Sekolah Menengah Al-Azhar, Rifqah binti Abdul Aziz, atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris MIISMAM Peringkat Negeri 2026 dengan memperoleh 85 markah.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, bimbingan dan doa sepanjang persiapan pertandingan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin semangat untuk terus mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi dan semoga terus cemerlang๐ŸŒน๐Ÿ†โœจ

ILTIZAM MELAHIRKAN INSAN RABBANI
___________________________________________________

SEKOLAH MENENGAH AL-AZHAR (SMAZ)

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Mendapat Pengiktirafan 5 Bintang Sistem Kualiti IKRAM MUSLEH (SKIM) dan
4 Bintang Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS)

๐Ÿ“ฑDaftar secara online di
https://my06.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=alazhar&sfnsn=wa

ILTIZAM MELAHIRKAN INSAN RABBANI

Photos from Pusat Pendidikan Al-Azhar's post 10/05/2026

Assalamualaikum w.b.t

๐Ÿ“ข JAWATAN KOSONG GURU BAHASA INGGERIS

SMAZ mempelawa calon-calon yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan GURU BAHASA INGGERIS seperti di atas.

Syarat-syarat khusus:

1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan/luar negara ATAU kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. Mempunyai pengalaman mengajar subjek Bahasa Inggeris terutama bagi pelajar SPM / menengah atas.
3. Mempunyai pengalaman dan kemahiran yang sesuai dengan bidang tugas yang berkaitan.

Syarat-Syarat Umum:

1. Terbuka kepada calon guru lelaki atau perempuan.
2. Berperwatakan dan berakhlak seorang muslim/muslimah yang baik serta tidak merokok/vape.
3. Seorang yang memahami rutin perjalanan institusi pendidikan dan tugas seorang pendidik serta berusaha melaksanakannya dengan baik.
4. Seorang yang komited, berdaya tahan, mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi, berpengalaman dan berkemahiran.
5. Boleh mengikut arahan dengan baik dan melaksanakan tugasan di bawah pengawasan yang minimum.
6. Mempunyai kemahiran dalam bidang fotografi, rekabentuk grafik dan multimedia
7. Boleh mula bekerja dengan segera.

Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat di atas boleh mengisi maklumat lanjut melalui pautan yang disediakan di bawah:

https://my06.awfatech.com/main/app/job/job_reg.php?sysapp=alazhar

Tarikh tutup permohonan ialah pada Khamis, 14/5/2026 jam 4.00 petang.

Calon yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak SMAZ.

Sekian, terima kasih.

ILTIZAM MELAHIRKAN INSAN RABBANI

Want your school to be the top-listed School/college in Jitra?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Mukim Gelong
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00