Waida Books
04/07/2023
Assalamualaikum 🤗
Misi Mudah Memasak Ramadhan nanti. "Pes Masak Putih @ Masak Kurma". Resipi ini hasil didikan mak yda. Orang lama panggil masak putih, rasa seperti masak kurma juga. Mak s**a masak style gini. Katanya lebih puas hati. Dulu-dulu rempah ini mak gigih mengiling, sekarang lebih selesa tumbuk dan blend sahaja. Cara mak, mak tumbuk dan blend bahan-bahan sahaja, kemudian terus guna atau terus simpan freezer.
Cara yda, terus menumis bahan supaya senang memasak Ramadhan nanti. Bila nak masak nanti, cuma tumis hirisan bawang dan halia dengan sedikit minyak sahaja. Kemudian terus masukkan bahan mentah, pes dan santan.
Bahan-bahan
- Jintan manis 7 sudu
- Jintan putih 4 sudu
- Rempah biji 2 sudu (tak ada dalam gambar)
-Serbuk Kas-Kas 5 Sudu
- Buah Keras 10 biji
- Bawang merah 3 labu
-Bawang besaq 2 labu
- Bawang putih 1 labu ( dalam 12 biji)
- halia 5 cm
Note : Petua mak yda, mesti lebihkan Jintan manis dan serbuk kas-kas. Rasa lebih sedap dan warna pun lebih putih. Petua dari kak sulung p**a, boleh juga blend sedikit nyioq untuk menyedapkan kuah bila masaka nanti.
Cara Memasak
-Rebus dahulu kedua-dua Jintan dan rempah biji tersebut. Kemudian tapis dan tumbuk sehingga lumat. Satukan juga buah keras dan tumbuk sehingga puas hati.
- Tumis 4 sekawan dengan bawang dan halia yang telah diblend ( bawang separuh sahaja menumis, separuh lagi satukan dengan rempah). Tumis dengan api yang sederhana. Sementara menunggu bawang garing, urus p**a rempah.
-Rempah yang di tumbuk tadi satukan dengan bawang dan halia yang berbaki tadi. Satukan juga serbuk kas-kas. Blend agak lama ya. Pastikan rempah betul-betul halus dan hancur.
- Bahan yang telah di blend terus masukkan ke kuali yang ditumis tadi.
- Tumis pes sampai garing dan pecah minyak.
-sudah masak baru masukkan buah keras yang sudab ditumbuk. Buah keras memekatkan kuah.
- Sudah masak tutup api. - Mula-mula menumis bawang tadi, lupa p**a nak letakkan daun kari. Ok saja letak last pun. Tabur daun kari dan gaul.
-Siap dan sedia disimpan ke dalam freezer.
07/08/2021
Assalamualaikum😘. Pagi korang 👇
Sedang berlangsung. Jika ada anak yang ambil SPM subjek Pendidikan Syariah Islamiah boleh ikuti dilink di dibawah ini 👇.Terima Kasih
Ikhlas dari BITARA MEDIA
Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Syariah Islam (PSI) Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Syariah Islam (PSI)Hari & Tarikh : 7/8/2021 (SABTU)Masa : 9.00 - 11.00 pagiSemua Calon Peperiksaan SPM Pendidi...
02/05/2021
"Ya Allah, rahmati diriku, sahabat-sahabatku dan guru-guruku di bulan ramadan ini. Temukan kami dengan malam lailatur qadar."
Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan dia.
Pasakkan dihati kita beribadah bukan untuk ramadan atau pujian manusia tapi untuk mencapai reda Allah.
30/04/2021
Pagi Jumaat 18 Ramadan 🤩.
Alhamdulillah selesai membaca buku "Diet Mak-Mak" 😎.
Buku yang santai tapi sampai. Sarat dengan info kesihatan dan mudah di hadam 💖.
29/04/2021
Pernah terfikir kenapa melukis dan mewarna penting untuk perkembangan minda anak-anak seawal usia 2 hingga 8 tahun?
Jom temui jawapannya dengan dapatkan buku Mudahnya Melukis. Mereka pasti seronok dengan aktiviti baru ini.
Apa tunggu lagi?
Harga yang mampu milik disertakan sekali dengan banyak hadiah Menarik.
Nak tahu pelbagai lagi hadiah Menarik?
Komen PM.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 133, Tingkat Bawah, Taman Desa Damai, Jalan Hospital Daerah
Jitra
06000