Syakir Ismail

Syakir Ismail

Share

28/01/2024

PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI TENUSU NEGARA

Kerajaan telah memperkenalkan dasar untuk menambahkan kapasiti pengeluaran susu segar tempatan dalam negara dengan sasaran pengeluaran sebanyak 20 juta liter melalui peningkatan populasi 10,000 ekor induk dalam tempoh lima (5) tahun. Bagi mencapai sasaran ini, Kerajaan berhasrat untuk membangunkan Industri Lembu Tenusu melalui Program Pembangunan Industri Tenusu Negara.
Pelaksanaan Program Pembangunan Industri Tenusu Negara adalah melibatkan kaedah reimbursement.
Di bawah Program Pembangunan Industri Tenusu Negara, Pemohon boleh memohon untuk memasuki Skop Transformasi Usahawan Berskala Besar atau Skop Transformasi Penternak Kecil.
a) Permohonan Skop Transformasi Usahawan Berskala Besar.

i. Pemohon yang memenuhi syarat dan ditawarkan bagi permohonan Skop Transformasi Usahawan Berskala Besar akan membuat perolehan:

a) Ternakan lembu susu betina bunting baka kacukan Friesian daripada Australia dan/atau New Zealand (min 100 ekor; max 500 ekor); DAN/ATAU

b) 1 unit tangki penyejukan susu (RFT) baru berkapasiti 3000 liter; DAN/ATAU

c) 1 unit lori tangki susu baru berkapasiti 3000 liter.

b) Permohonan Skop Transformasi Penternak Kecil.

i. Pemohon yang memenuhi syarat dan ditawarkan bagi permohonan Permohonan Skop Transformasi Penternak Kecil akan membuat perolehan:

a) 10 ekor ternakan lembu susu betina bunting baka kacukan Friesian daripada Australia dan/atau New Zealand; DAN / ATAU

b) 1 unit tangki penyejukan Susu (RFT) berkapasiti 500 liter.



KONSEP PERLAKSANAAN PROGRAM

Konsep Pelaksanaan Program Pembangunan Industri Tenusu Negara adalah ditetapkan seperti berikut:

Peserta yang ditawarkan menyertai Program ini akan membuat perolehan ternakan/peralatan dan mengemukakan tuntutan reimbursement kepada Kerajaan.
Di bawah permohonan Skop Transformasi Usahawan Berskala Besar , Kerajaan akan membuat bayaran balik (reimbursement) sebanyak 30% daripada harga perolehan mengikut harga siling yang telah ditetapkan dengan kaedah reimbursement 70:30 (70% harga perolehan akan di tanggung oleh Peserta manakala baki 30% daripada harga perolehan akan dibayar oleh Kerajaan).
Di bawah permohonan Skop Transformasi Penternak Keci, Kerajaan akan membuat bayaran balik (reimbursement) sebanyak 70% daripada harga perolehan mengikut harga siling yang telah ditetapkan dengan kaedah reimbursement 30:70 (30% harga perolehan akan di tanggung oleh Peserta manakala baki 70% daripada harga perolehan akan dibayar oleh Kerajaan).

1. SOP perlaksanaan program
2. Brosur perlaksanaan Program
3. Borang permohonan program
Maklumat lengkap.....
https://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/4611


Kemaskini pada 2024-01-16 14:28:44 daripada DVS Administrator

www.dvs.gov.my

Photos from Syakir Ismail's post 09/12/2023

Jualan Isi kandang Bapak/Teruna/Ibu/Dara

Follow this link to view our item on WhatsApp: https://wa.me/p/6838507099600702/60134399753

Lokasi : Jerlun, Kedah

Want your business to be the top-listed Photography Service in Jitra?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Jitra