Permata Pro Jerteh
PERMATA PRO OPTOMETRY (SA0572610-A)
Pusat Optometri dan Cermin Mata Jerteh
• Optometrist Berdaftar
• Saringan selaput Katarak
• Waktu operasi Sabtu - Khamis (Jumaat tutup)
• 10.00 pagi - 6:00 petang
PROMOSI JAUH DEKAT GELAP CERAH KEMBALI LAGI!! mana orang Besut jangan lepaskan peluang. Cermin kita guna ni jarang-jarang ada promosi!
Lokasi kedai : Gong Nering (hadapan KLINIK ANDA)
waktu operasi : 10 pagi - 6 petang
had power promosi : rabun jauh 400, rabun silau 150, rabun dekat 300
Kedai cermin mata permata pro optometri pilihan warga Besut 😉
Bingkai yang lama masih elok dan kukuh? Nak tukar cermin sahaja yang baru?
Bolehhh 👍🏻 Jemput Datang ke Permata Pro Optometry . https://wa.me/60135086875 .
19/03/2026
Hari ini kami buka sehingga 3 petang sahaja ya. Kami di Permata Pro Optometri ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang merayakan.
10/02/2026
Ramai yang risau tentang keadaan ini. Yang melayang tu namanya “floaters” dan ia normal untuk kebanyakan orang. Tapi, anda perlu pemeriksaan lanjut jika kuantiti floaters bertambah dengan banyak dalam jangka masa singkat.
Cuba dongak tengok langit petang yang cerah sekarang.
Ada nampak benda halus melayang-layang? Macam "cacing jernih", bintik hitam, atau sarang labah-labah yang ikut ke mana mata anda bergerak.
Bila anda cuba fokus kat dia, dia lari.
Relaks, anda tak gila. Dan tak ada cacing betul pun dalam mata tu.
Sebenarnya, "benda" tu duduk DI DALAM bola mata anda sendiri.
Bayangkan mata kita ni macam "snow globe" yang berisi gel jernih (Vitreous Humor). Bila usia kita meningkat, atau kalau anda rabun jauh power tinggi, gel ni boleh jadi cair sedikit.
Apa yang melayang tu adalah sisa-sisa kolagen atau protein yang bergumpal dan terapung bebas dalam gel tu.
Kenapa nampak bila tengok langit?
Sebab cahaya terang langit tu bertindak macam projektor. Apa yang anda nampak tu sebenarnya adalah BAYANG-BAYANG gumpalan kecil tadi yang dipancarkan terus ke retina (skrin) di belakang mata anda.
Ia cuma "semut dalam TV" versi biologi anda sendiri.
Kebanyakannya tak bahaya, cuma sedikit menjengkelkan. Anggap saja ia 'screensaver' semula jadi mata anda bila tengok benda kosong.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
SEBELAH MARRYBROWN JERTEH (SEDERET KLINIK HIJRAA 24JAM)
Jerteh
22000