Autism Experience Centre - AXCC

Autism Experience Centre - AXCC

Share

hubungi:
019-315 1680 (Pn.Syabila)
019-2151680 (Cik Asma) Kami menyediakan program-program terbaik untuk kanak-kanak yang mempunyai masalh seperti tiada fokus, masalah kemahiran motor kasar dan motor halus, masalah sensori, masalah tingkahlaku, masalah sosial dan masalah dalam aktiviti seharian (ADL).

31/05/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada Autism Experience Care Cantre (AXCC).

31/05/2026

Cahaya kedamaian, harapan yang membara.

Sempena sambutan Hari Wesak pada 31 Mei 2026 ini, kami di AXCC ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua yang meraikannya. Semoga hari ini membawa sinar ketenangan, kegembiraan, dan limpahan kasih sayang yang tidak terhingga buat anda dan keluarga tersayang.

Di AXCC, kami percaya bahawa setiap insan berhak disinari cahaya harapan. Mari kita terus menyemai sifat kasih sayang, kesabaran, dan saling memahami antara satu sama lain, selari dengan moto kami, "Together We Grow".

selamat menyambut Hari Wesak!

26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H

Menjelang 10 Zulhijjah, seluruh warga Autism Experience Care Centre (AXCC) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam, khususnya kepada ibu bapa, penjaga, dan komuniti hebat kami.

Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi sebuah madrasah yang mendidik kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan, dan ketaatan yang sebenar.

Seperti mana firman Allah SWT:

"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya..." (Surah Al-Hajj, Ayat 37)

Mari kita jadikan momentum hari raya mulia ini untuk terus memupuk rasa syukur, saling berkongsi rezeki, dan menguatkan ukhuwah sesama kita. Semoga segala ibadah korban dan amalan kita diberkati serta diterima oleh-Nya.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha daripada kami di AXCC!

25/05/2026

✨ Doa paling mustajab… adalah doa di Hari Arafah. ✨

9 Zulhijjah hadir membawa seribu peluang untuk kita kembali mendekat kepada Allah
Walaupun tidak berada di Tanah Suci, kita masih boleh merebut keberkatan Hari Arafah dengan memperbanyakkan doa, zikir dan muhasabah diri.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT yang satu sahaja, tiada sekutu bagiNya, milikNya segala kekuasaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Semoga setiap doa yang dipanjatkan hari ini:
🤲 dipermudahkan urusan
🤲 diberikan ketenangan hati
🤲 dikurniakan kesihatan dan rezeki yang baik
🤲 serta dipenuhi dengan kasih sayang dan keberkatan

Selamat menyambut Hari Arafah daripada kami di AXCC Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita semua.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Jenjarom?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


16-1 Jalan SP 1/2 Bandar Saujana Putra
Jenjarom
42610

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 17:30