PureBite

PureBite

Share

26/07/2024

Hi Kawan-Kawan dan Pelanggan yang kami kasihi 🙋‍♀️,

Minggu lepas, team PureBite dijemput oleh team NGO untuk menyantuni Ketua Pemimpin Orang Asli dan komuniti mereka. Pertemuan ini diadakan bagi tujuan untuk berbincang mengenai program jangka pendek yang akan dilaksanakan untuk membantu komuniti Orang Asli tersebut.

Pada hari pertemuan, cuaca sangat baik dan semua pihak hadir dengan semangat dan harapan yang tinggi. Ketua Pemimpin Orang Asli menyambut kami dengan mesra, menunjukkan keikhlasan dan keterbukaan mereka untuk bekerjasama. Perbincangan berjalan dengan lancar, di mana pelbagai idea dan cadangan dikemukakan untuk memastikan program yang dirancang dapat memberikan impak yang positif.

Kami berfokus kepada beberapa aspek utama seperti pendidikan, kesihatan, dan pembangunan ekonomi bagi komuniti tersebut. Team PureBite turut mencadangkan untuk mengadakan bengkel inovasi produk dari hasilan tanaman mereka sebagai satu langkah untuk memberikan kemahiran baru kepada komuniti Orang Asli, yang diharap dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Perbincangan diakhiri dengan persetujuan untuk memulakan program tersebut dalam masa terdekat. Semua yang terlibat meninggalkan pertemuan dengan perasaan gembira dan bersemangat untuk melihat hasil yang positif dari kerjasama ini.

Kerjasama antara PureBite dan NGO dengan komuniti Orang Asli ini diharapkan akan menjadi permulaan kepada lebih banyak inisiatif yang mampu membawa perubahan positif dan berterusan dalam kehidupan mereka.

🧡🧡🧡

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Jenjarom?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Jalan Klang-Banting Batu 13
Jenjarom
42600

Opening Hours

Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 11:00 - 16:00