Cikgu Rafeah

Cikgu Rafeah

Share

03/04/2026

“Harga emas tinggi sekarang.
Perlu tunggu harga turun dulu?”

Soalan ini hampir setiap hari orang tanya.

Jawapan jujurnya…
Tak siapa tahu harga emas esok.

Kalau harga turun pun,
tak siapa tahu turun sampai mana.

Dan pengalaman saya satu saja:
Ramai yang tunggu harga rendah.
Akhirnya terpaksa beli pada harga lebih tinggi.

Kenapa?
Sebab harga paling rendah hanya kita tahu selepas ia jadi sejarah.

Cara saya mudah.
Jika duit itu untuk simpanan jangka panjang (2 tahun ke atas), saya terus tukarkan kepada emas.

Tak tunggu harga murah.

Sebab hampir pasti.
Harga emas hari ini lebih murah daripada beberapa tahun akan datang.

Sejarah lebih 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 10% setahun.

Sebab itu jika kita simpan emas untuk jangka panjang, tak perlu terlalu risau tentang harga.

Yang lebih penting ialah satu perkara,iaitu
kepingan emas kita bertambah setiap tahun.

Memang betul.
Harga emas memang boleh turun.
Tetapi hampir setiap tahun kita akan dengar berita yang sama:

“Harga emas capai paras tertinggi dalam sejarah!”

Namun sejak tahun 1970-an, apabila duit kertas tidak lagi disandarkan kepada emas

kita tidak pernah dengar berita:

“Harga emas capai paras terendah dalam sejarah.”

Sebab itu bagi penyimpan emas,
fokusnya bukan harga.

Fokusnya adalah konsisten menambah simpanan emas dari semasa ke semasa.

01/04/2026

Student Luar Negara Boleh Simpan Emas Ke?

Ramai ingat bila dah sambung belajar di luar negara, terutama di Jepun, semuanya jadi mahal dan mustahil untuk menyimpan. Fokus hanya pada belajar dan survival.

Tapi realitinya, ada student yang berfikir lebih jauh daripada sekadar cukup makan dan bayar sewa.

Saya nak kongsikan kisah seorang penyimpan emas di bawah bimbingan saya yang kini sedang belajar di Jepun. Walaupun hanya bergantung kepada elaun pelajar, beliau tetap konsisten menyimpan emas setiap bulan.

Bukan jumlah besar, tapi cukup sekadar disiplin dan istiqamah.

Katanya, “Saya tak nak balik Malaysia nanti dengan tangan kosong. Sekurang-kurangnya saya ada aset yang kalis inflasi dan boleh jadi backup kewangan.”

Apa yang menarik, semua urusan dibuat secara online. Dari Jepun, beliau masih boleh beli, tambah simpanan dan pantau akaun emas dengan mudah tanpa halangan lokasi.

Inilah kelebihan simpanan emas hari ini fleksibel, global dan boleh dimulakan oleh sesiapa sahaja, walau di mana kita berada.

Kalau student di Jepun pun boleh mula menyimpan emas dengan konsisten, apa alasan kita yang berada di Malaysia?

Jangan tunggu kaya baru nak simpan emas. Mulakan dengan apa yang ada. Konsisten itu lebih penting daripada jumlah.

Nak mula simpan emas secara mudah dan patuh syariah? Saya boleh bantu anda buka Akaun GAP hari ini. Klik link atau hubungi saya sekarang untuk mula langkah pertama anda.

Rafeah Ahmad . Ibu kepada Danish Danial.

27/03/2026

Bila ekonomi mula goyah, harga barang naik, peluang kerja makin sempit… baru tersedar simpanan tunai sahaja tak cukup kuat untuk bertahan.

Dah bersedia atau masih berharap semuanya akan kembali normal?

Sejarah telah banyak kali ulang perkara sama. Krisis datang tanpa jemputan. Yang selamat bukan yang paling kaya… tapi yang paling bersedia.

Salah satu persediaan paling penting adalah melindungi nilai simpanan. Duit kertas boleh susut nilai bila inflasi naik. Hari ini RM100, mungkin 10 tahun lagi nilainya tinggal separuh.

Di sinilah emas memainkan peranan.

Emas bukan sekadar perhiasan. Ia adalah aset yang telah terbukti bertahan ratusan tahun. Nilainya tidak mudah “hilang” walaupun ekonomi jatuh.

Sebab itu, ramai yang mula …

- Simpan emas secara konsisten
- Tukar lebihan duit kepada aset fizikal emas
- Diversify simpanan, bukan bergantung kepada cash semata-mata

Anda ada dua pilihan mudah hari ini.

- Simpan emas secara fleksibel melalui Akaun Simpanan Emas GAP
- Atau pegang emas fizikal ditangan seperti dinar & goldbar

Tak perlu tunggu kaya untuk mula. Yang penting mula dulu, walaupun sedikit. Konsisten itu kunci.

Bila krisis betul-betul berlaku dan menekan …

Adakah kita nak jadi orang yang panik?
Atau orang yang tenang sebab dah ada simpanan yang kukuh?

Keputusan di tangan anda hari ini.

Nak mula simpan emas dengan cara yang betul? Saya bantu dari A sampai Z. Hubungi saya sekarang di sini www.wasap.my/60165975420

Jangan tunggu gawat berlarutan. Bertindak sekarang.

Want your school to be the top-listed School/college in Jenjarom?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Bandar Saujana Putra
Jenjarom
42610

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Saturday 08:00 - 20:00
Sunday 08:00 - 20:00