Seni Saba
23/04/2026
Ok.. dah siap sketch ala kadar Rumah Opah tempahan dari customer ni.. lepas ni leh la masukkan warna pulak..💪🏻💪🏻❣️
Oil painting on Canvas 24in X 30in
19/04/2026
“Warisan Nilai”
Oil painting on Canvas 15in X 30in
Walaupun lukisan ni sudah berusia 5 tahun tp terasa sangat bernilai kerana ia adalah “Warisan Nilai” yg penuh sejarah, cerita, & kenangan.
Kenangan yg penuh keindahan & kesedihan. “Warisan Nilai” yg bukan saja beri kebahagian tapi dapat mengeratkan lagi silaturahim bukan hanya keluarga tp semua bangsa, tak kira usia..
Kadang² walau pun Nilainya tak tinggi tapi boleh memberikan 1001 kebahagian yg luar biasa..
Lukisan ni meninggalkan Warisan disetiap garisan, lorekkan, ketekunan & usaha yg tinggi demi mencapai kepuasan..
Berminat untuk simpan Warisan Nilai sebagai bukti kesungguhan & keperitan mencari rezeki.. Boleh roger Saba 0194933615..
Korang!! Jom dapat kan Notebook yg Comel ni. Hasil lukisan Siri Batik Kedut Bonda dari Seni Saba!
Sesuai sgt kalau nak bagi hadiah! Hari guru dah nak dekat. Mesti cikgu rasa bangga ada Notebook Batik Kedut ni.. Bagi kat kawan office pun boleh.. Bagi dekat Mak lagi la boleh.. Bertambah syg Mak awak kat awak!❣️❣️🫶🏻
Tekan jer link ni ok! Tak mahal pun❣️🫶🏻
13/04/2026
Haritu outstation hantar artwork utk exhibition More Art for All di Galeri Karya Janda Baik. Terima kasih kak Liza Othman tunggu Saba haritu.. Jangan lupa pi tgk & beli artwork Saba & rakan artis 17Apr-17Mei ni ya korang!!🫶🏻🥰
Lepas tu singgah makan tengah hari di Kampung People di Kampung Lebu, Bentong.. Jumpa sifu Abd Latif Maulan.. Time acih lanjer..🫶🏻 next kita pulak lanjer yer!!
Ke Kuantan pulak lepas tu.. hantar lukisan direct kepada customer.. Shahira Azlan.. Tak perasan rupanya influencer/tiktoker.. patut la muka familiar gila.. hahaha.. s**a tgk dia buat video makeup.. terharu bila tgk customer bertakung air mata & merah mata happy tengok lukisan❣️🥰🥰 rasa penat melukis tu hilang❣️🥰🥰🥰
Alhamdulillah.. Terima kasih yg sentiasa Support Seni Saba!!❣️🫶🏻 InshaaAllah.. Slowly but surely!!💪🏻❣️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the establishment
Telephone
Website
Address
Ipoh