Institut Darul Ridzuan
Institut Darul Ridzuan (IDR) is a think-tank body for Perak State Government. IDR undertakes independent and high quality problem solving-oriented research on socio-economic and other relevant issues facing the State and advocates new public policy and recommendations, strategies and facilitation. IDR was initiated by Menteri Besar YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir, in his effort to tra
10/06/2026
IPOH, 10 Jun 2026 – Institut Darul Ridzuan (IDR) telah menyampaikan Geran Penerbitan Perak Sejahtera 2030 berjumlah RM87,000 kepada lima penyelidik daripada lima universiti terpilih sempena Perak Research Policy and Conference (PPRC) 2026.
Pemilihan penerima geran dibuat daripada 334 cadangan kajian yang diterima, dimana 40 kajian telah terpilih bagi sesi pembentangan dan lima (5) kajian terbaik menerima geran penerbitan bernilai RM17,400 setiap satu. Penyelidikan yang dipilih merangkumi bidang strategik seperti transformasi digital, kecerdasan buatan, ekonomi inklusif, kelestarian, sekuriti makanan, tadbir urus dan keberkesanan penyampaian awam.
Pada majlis yang sama, IDR turut mengiktiraf kecemerlangan penyelidik dan kreativiti masyarakat melalui Pertandingan Poster Penyelidikan Perak Sejahtera 2030 yang menerima 58 penyertaan serta Pertandingan Fotografi Perak Sejahtera 2030 bertemakan “Perak Sejahtera: Hasil Dirasa” yang menerima 280 penyertaan sepanjang tempoh penganjurannya.
Kesemua geran dan hadiah telah disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani Mohamad, disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Sambutan yang memberangsangkan daripada komuniti penyelidikan dan masyarakat mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh pembangunan negeri Perak melalui idea, bukti dan perspektif rakyat selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.
01/06/2026
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda.
Semoga Allah SWT mengurniakan Baginda Tuanku dan Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta keberkatan dalam memayungi rakyat dan negara.
Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.
Sembah takzim daripada,
Institut Darul Ridzuan (IDR)
29/05/2026
Selesai sesi pengumpulan data lapangan bagi Kajian Keberkesanan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai yang melibatkan sesi FGD bersama penduduk, peniaga dan agensi berkepentingan di Pulau Pangkor pada 19-21 Mei 2026
Kajian turut diteruskan melalui sesi temu bual bersama penduduk sekitar Pulau Pangkor bagi mendapatkan pandangan dan pengalaman secara langsung mengenai pelaksanaan status pulau bebas cukai.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan berkongsi pandangan sepanjang pelaksanaan kajian ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
B-1-9, Greentown Suria
Ipoh
30450
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |