Creative Multimedia Services
Formerly known as Perak Interactive Open Resource TV (PiOR.TV), Creative Multimedia Services operates as a unit under Digital Perak Corporation Holdings (752984-U).
02/01/2026
SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2026 PERINGKAT NEGERI PERAK
Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh
31 Disember 2025
Telah berlangsungnya Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat Negeri Perak pada 31
Disember 2025 bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh. Program ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, bersama barisan kepimpinan Negeri Perak.
Sambutan ini dihadiri kira-kira 30,000 pengunjung yang membanjiri kawasan Bulatan Sultan Azlan Shah bagi bersama-sama menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan dan hiburan pentas.
Antara persembahan yang dipersembahkan ialah oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak
(JKKN), Pertubuhan Kebudayaan dan Orkestra Cina Ipoh, Kump**an Budaya Sekolah (KBSC) SK Seberang
Perak, Persatuan Kebudayaan India Greentown, Persatuan Nam Hoi serta Kump**an Luheiw Renaweij.
Persembahan artis tanah air iaitu Siti Nordiana dan
Afieq Shazwan turut memeriahkan suasana sambutan.
Kemuncak sambutan diserikan dengan pertunjukan bunga api yang menghiasi langit malam tepat pada detik kiraan tengah malam. Turut ditayangkan malam ini ialah teaser promosi pelancongan Negeri Perak bersempena persiapan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026.
11/09/2025
11.9.2025 -Program terkahir Konvoi Kembara Jalur Gemilang Hari Malaysia 2025 pada edisi kali ini telah sempurna dilaksanakan.
Majlis diraikan dengan gilang gemilang bersama warga Majlis Daerah dan Tanah Kinta.
Diharapkan program ini telah berjaya mancapai objektif seperti yang diharapkan.
11/09/2025
11.9.2025 -Deretan pasukan konvoi Kembara Jalur Gemilang melintasi Jambatan Raja Muda Nazrin Shah, Tasek Raban Lenggong.
11/09/2025
11.9.2025 - Hari terakhir Program Konvoi Kembara Merdeka 2025 peringkat Negeri Perak dimeriahkan lagi dengan acara Sambutan Hari Malaysia peringkat Gerik.
Pelbagai acara telah diadakan untuk menuemarakkan sambutan pada kali ini.
Pelepasan disempurnakan oleh YBsr. En. Suhasni bin Hayani, wakil kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Merangkap Adun Kawasan Tengor di perhentian Bas Gerik sebentar tadi.
10/09/2025
10.9.2025 - Program Konvoi Kembara Merdeka Merdeka 2025 peringkat Negeri Perak diteruskan lagi dengan sambutan yang meriah di Dewan Kg Perah.
Program disempurnakan oleh YBrs. En.Suhasni bin Hayani, wakil kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Merangkap Adun Kawasan Temengor.
Peserta konvoi dilepaskan selepas majlis selesai untuk ke destinasi seterusnya disempurnakan Hulu Perak.
Pada sebelah malam p**a, majlis meraikan peserta konvoi telah diadakan di Denai Kabus, Gerik. Dalam majlis tersebut, pihak penganjur telah merakamkan ucapan penghargaan diatas penglibatan Digital Perak yang menjadi media rasmi konvoi pada edisi kali ini.
10/09/2025
10.9.2025 -Program seterusnya bertempat di daerah Hulu Perak. Majlis ramah mesra telah berlangsung di Restoran Kebun Ikan Bakar Gerik.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Level 17 Techno Trade Centre, Bandar Meru Raya Off Jalan Jelapang
Ipoh
30020
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:00 |
| Tuesday | 08:30 - 17:00 |
| Wednesday | 08:30 - 17:00 |
| Thursday | 08:30 - 17:00 |
| Friday | 08:30 - 12:30 |
| 14:30 - 17:00 |