DOSM Perak

DOSM Perak

Share

31/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔!!!

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada tanggal 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan keberkatan yang berterusan kepada Kebawah Duli Tuanku dalam memayungi rakyat dan negara.

Sembah takzim daripada Warga DOSM Perak.

"𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐍𝐀𝐃𝐈 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓"








Ikuti Media Sosial Rasmi DOSM Perak
Facebook: DOSM Perak
https://www.facebook.com/DOSMPerak
TikTok: DOSM Perak
https://www.tiktok.com/
X: DOSM Perak
https://x.com/DOSMPerak
Instagram: DOSM Perak
https://www.instagram.com/dosmperak

Photos from DOSM Perak's post 20/05/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐂𝐈 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

Gerik | 19 Mei 2026 - Sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026 (BE 2026) bersama Masjid Pengkalan Hulu serta Jawatankuasa Masjid di bawah pengurusan JAIP telah diadakan pada 19 Mei 2025 bertempat di Pejabat Agama Daerah Gerik.

Pihak JAIP Daerah Ipoh telah diwakili oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Ipoh, Ustaz Ahmad Hamizan bin Yahya.

Fokus utama sesi ini adalah untuk memberikan penerangan berkaitan pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 serta panduan pengisian Borang Soal Selidik bagi Institusi Bukan Berasaskan Keuntungan (Non-Profit Institution, NPI), khususnya melibatkan masjid dan surau di bawah seliaan JAIP.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JAIP serta semua Jawatankuasa Masjid yang hadir atas kesudian dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan Banci Ekonomi 2026.

Kerjasama erat antara agensi kerajaan dan institusi keagamaan amat penting bagi memastikan data yang dikumpulkan adalah tepat, komprehensif dan mampu menyokong perancangan pembangunan negara.

"𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐍𝐀𝐃𝐈 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓"








Ikuti Media Sosial Rasmi DOSM Perak
Facebook: DOSM Perak
https://www.facebook.com/DOSMPerak
TikTok: DOSM Perak
https://www.tiktok.com/
X: DOSM Perak
https://x.com/DOSMPerak
Instagram: DOSM Perak
https://www.instagram.com/dosmperak

Photos from DOSM Perak's post 19/05/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐌 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.

Tanjung Malim | 19 Mei 2026 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Perak telah mengadakan lawatan kerja ke PROTON pada 18 Mei 2026 bagi memperkukuh kerjasama strategik serta meningkatkan kefahaman berkaitan operasi industri automotif dan pengurusan tenaga kerja syarikat.

Delegasi DOSM Negeri Perak yang terdiri daripada 11 orang pegawai dan anggota telah diketuai oleh Mohd Ridauddin bin Masud, Pengarah DOSM Negeri Perak. Lawatan ini turut disertai oleh dua orang pegawai daripada DOSM Ibu Pejabat Putrajaya iaitu Nur Saadah binti Abd Majid dan Muhammad Ilham Aiman bin Mohd Rafie.

Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh pihak pengurusan PROTON yang diketuai oleh Yusri bin Yusuf, Ketua Pegawai Strategi, Strategi Korporat PROTON. Sesi lawatan turut diisi dengan taklimat korporat dan perkongsian berkaitan operasi syarikat, pembangunan industri automotif serta pengurusan sumber manusia.

Antara objektif utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran menyeluruh berkaitan operasi syarikat dan profil tenaga kerja selaras dengan keperluan pengumpulan maklumat bagi pelaksanaan Banci Ekonomi 2026. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara DOSM dan pihak PROTON dalam memastikan penyaluran data statistik yang tepat, berkualiti dan terkini dapat dilaksanakan secara berkesan pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd. atas penyelarasan lawatan ini serta layanan yang sangat baik dan taklimat yang sangat informatif. Sinergi semua pihak menjadi tunjang kejayaan Banci Ekonomi 2026 dalam memperkasa data berkualiti demi memacu pembangunan ekonomi negara.

"𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐍𝐀𝐃𝐈 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓"








Ikuti Media Sosial Rasmi DOSM Perak
Facebook: DOSM Perak
https://www.facebook.com/DOSMPerak
TikTok: DOSM Perak
https://www.tiktok.com/
X: DOSM Perak
https://x.com/DOSMPerak
Instagram: DOSM Perak
https://www.instagram.com/dosmperak

Photos from DOSM Perak's post 15/05/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐂𝐈 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐒𝐌) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

14 Mei 2026 | Ipoh - Satu sesi libat urus (SLU) antara Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak (DOSM) dan membincangkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perak telah diadakan bagi kerjasama strategik dalam melancarkan pelaksanaan Banci Ekonomi 2026.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh Pengarah SSM Negeri Perak, Puan Azurah Nor binti Sarif. Perbincangan tertumpu kepada peranan SSM dalam menyokong pelaksanaan banci melalui perkongsian maklumat korporat dan perniagaan yang berkaitan, di samping memperkukuh penyelarasan operasi antara kedua-dua agensi.

Turut dimaklumkan ialah produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh SSM serta capaian maklumat yang diperlukan oleh DOSM bagi membantu proses pemprofilan pertubuhan, pengemaskinian kerangka banci dan memastikan liputan Banci Ekonomi 2026 dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, tepat dan efisien.

Kerjasama erat antara DOSM dan SSM Perak ini diharap dapat memperkukuh penghasilan data ekonomi negara yang berkualiti dan komprehensif demi menyokong perancangan serta pembangunan negara.

"𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐍𝐀𝐃𝐈 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓"








Ikuti Media Sosial Rasmi DOSM Perak
Facebook: DOSM Perak
https://www.facebook.com/DOSMPerak
TikTok: DOSM Perak
https://www.tiktok.com/
X: DOSM Perak
https://x.com/DOSMPerak
Instagram: DOSM Perak
https://www.instagram.com/dosmperak

Want your organization to be the top-listed Government Service in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak, Tkt 3 Blok A, Bangunan Persekutuan Ipoh (Greentown), Jalan Dato' Seri Ahmad Said
Ipoh
30450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00