KEMAS Negeri Perak
โจ ๐ฅ๐ฒ๐๐ฒ๐ ๐๐ฎ๐๐ถ, ๐ฅ๐ฒ๐ณ๐ฟ๐ฒ๐๐ต ๐๐บ๐ฎ๐ป! โจ.
Adakah ibadah puasa kita hari ini sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja? ๐ค
Sebenarnya, bulan Ramadan merupakan madrasah dan universiti agung untuk kita melatih diri, mendidik hati, memelihara lisan, serta mengawal emosi. ๐คโค๏ธ
Menerusi firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 183, puasa diwajibkan ke atas kita dengan satu matlamat utama iaitu untuk mencapai darjat takwa (Laallakum tattaqun). ๐โจ
Namun, untuk mencapai tahap tertinggi ini, setiap ibadah perlulah dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana sedar bahawa Allah SWT sentiasa memerhatikan setiap tindak-tanduk kita.
Jom jadikan madrasah Ramadan kali ini sebagai platform untuk kita mendidik hati agar tidak lagi memendam rasa benci terhadap insan-insan di sekeliling kita. ๐ฅฐ๐ค
Semoga puasa kita diterima-Nya. Amin! ๐คฒ
Perkongsian manfaat oleh:
Mazura Binti Mat Taib
โ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐ฌ๐ด๐จ๐บ, ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐.โ
KEMAS Negeri Perak
02/08/2025
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐ฌ๐๐ฌ ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐ฌ๐ฅ๐๐ฆ๐ข๐๐ก ๐๐๐๐ฐ๐๐ฅ ๐๐ฌ๐ข๐: ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฅ ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ข๐ซ๐๐ง ๐๐ฌ๐๐ฌ ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐๐ฆ๐๐ซ๐ญ ๐๐๐๐๐ณ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ก๐๐ฅ๐๐ญ๐ก๐ ๐๐ข๐ฌโ๐ ๐๐๐ซ๐๐ง๐ญ๐๐ค ๐๐ข ๐๐ข๐ ๐ ๐๐จ๐ค๐๐ฌ๐ข
Sebuah inisiatif bermakna dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak berasaskan nilai-nilai Islam telah direalisasikan pagi ini menerusi penganjuran Bengkel Saringan Kemahiran Asas Al-Quran Program Smart Hafazan 10T Thalatha Tisโa.
Bengkel ini telah berlangsung serentak di tiga buah lokasi berbeza iaitu di Pusat Kegiatan Masyarakat Sungai Siput, Gopeng dan Lumut.
Pelaksanaan strategik program ini lahir daripada cetusan idea Penaung Thalatha Tisโa, Tan Sri Datoโ Haji Idris Jusoh, yang berhasrat melihat sistem pendidikan integratif berteraskan nilai Islam, hafazan al-Quran dan ilmu kontemporari dijadikan asas kukuh dalam membentuk generasi muda yang seimbang dari segi rohani dan intelek.
Visi ini diterjemahkan melalui pendekatan Smart Hafazan 10T, yang bukan sahaja memfokus kepada hafalan semata-mata, bahkan mengintegrasikan aspek pedagogi berkesan bagi menyokong pembelajaran secara syumul.
Sebanyak 143 orang pendidik masyarakat TASKA KEMAS dari seluruh negeri Perak telah menyertai sesi saringan pada hari ini. Mereka telah dinilai oleh panel juri jemputan yang berpengalaman, menerusi satu bentuk penilaian lisan yang meneliti tahap penguasaan asas Al-Quran.
Proses ini bertujuan mengenal pasti keupayaan awal para pendidik sekaligus mempersiapkan mereka untuk mendalami kaedah-kaedah pengajaran yang lebih berstruktur dalam pendidikan Al-Quran di peringkat awal usia.
Lebih daripada sekadar saringan, program ini turut memberi pendedahan langsung kepada para peserta berkenaan strategi, teknik dan pendekatan inovatif dalam pengajaran Al-Quran l, sejajar dengan pendekatan Smart Hafazan 10T.
Kaedah ini menekankan penggabungan elemen talaqqi, tajwid dan tasmik, yang membolehkan penyampaian ilmu menjadi lebih menarik, sistematik dan mudah diterima oleh kanak-kanak.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada barisan panel juri profesional yang bukan sahaja melaksanakan proses penilaian dengan teliti dan telus, tetapi juga telah memberikan bimbingan dan pencerahan yang sangat bermakna kepada para pendidik dalam aspek penguasaan asas Al-Quran.
Pelaksanaan bengkel ini dilihat sebagai satu kesinambungan kukuh kepada Program Pra Tahfiz yang telah diperkenalkan sejak tahun 2023 di TABIKA KEMAS, dengan objektif utama memperkenalkan hafazan surah-surah dalam Juz Amma dalam kalangan kanak-kanak seawal usia tiga tahun.
Semoga prakarsa ini mampu melahirkan generasi cilik Ulul Albab yang bukan hanya cemerlang dalam hafazan dan penghayatan Al-Quran, tetapi juga bersedia mendepani cabaran dunia moden berteraskan nilai-nilai murni Islam.
Bro Taufik
Upak Kemas Perak
KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
fans
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
BLOK C, TINGKAT 2C3-1, BANGUNAN PERSEKUTUAN GREENTOWN, Jalan DATO' SERI AHMAD SAID
Ipoh
30450
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |