SMK Anderson
15/04/2026
TikTok · ARAI_ANDERSON 214 likes, 2 comments. “Terima Kasih semua pihak termasuk para penaja yang menjayakan Akademi Ragbi Ipoh (ARAI)”
12/04/2026
11 April - Satu lagi momen bersejarah berlaku di Anderson. Telah diadakan Majlis Perasmian AKADEMI RAGBI IPOH dan juga Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan selama setahun di antara SMK ANDERSON dan Siti Jewels untuk membangunkan bakat sukan Ragbi.
Majlis telah disempurnakan oleh YB DATO KHAIRUDDIN BIN ABU HANIPAH, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.
5 lagi syarikat swasta yang menaja AKADEMI RAGBI IPOH adalah Niase Restaurant Sdn Bhd, Torpedo Sdn Bhd, Defender Sport, AK Empire Production dab Cik Jr. Cafe.
Tahniah diucapkan kepada AKADEMI RAGBI IPOH yang diterajui oleh Andersonians.
Semoga Pasukan Ragbi Ipoh terus cemerlang dan mendapat tempat di persada Kebangsaan dan Antarabangsa.
Pihak swasta disaran bantu perkasa pembangunan sukan negeri Pihak swasta disaran bantu perkasa pembangunan sukan negeri MG Perak kerjasama strategik bagi memperkukuh bakat atlet negeri
06/04/2026
2 April 2026 - Program HARMONI HIJAU @ ANDERSON.
Satu program mengimarahkan landskap dan memelihara alam sekitar anjuran SMK Anderson dan Jabatan Landskap Negara.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Landskap Negara, Tuan Ahmad Syaharuddin bin Kamaruddin.
SMK ANDERSON turut menerima sedikit sumbangan untuk memurnikan lagi Landskap sekolah.
Selaras dengan SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan, program ini mendidik warga Anderson untuk menghormati dan memelihara alam sekitar serta mewujudkan kawasan hijau yang meningkatkan kualiti hidup penduduk Bandar.
Dalam program ini, beberapa pokok telah ditanam di kawasan sekolah termasuk pokok palma, pokok pagaran jenis ixora, pokok keladi dan pelajar juga telah mengecat pasu bunga serta planter boxes di bangunan utama.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga Anderson.
03/04/2026
MSSD Kinta Utara 2026: SMK Anderson Kekal Juara Ragbi B-18, Tewaskan STAR 10-0 SMK Anderson, Ipoh mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lalu untuk menggungguli Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Kinta
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Hospital
Ipoh
30450