KPDN-Perak

KPDN-Perak

Share

Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran.

Photos from KPDN-Perak's post 15/05/2026

JOM BELI BARANGAN KEPERLUAN HARIAN đź›’đź›’đź›’ JUALAN RAHMAH

Jualan barangan KEPERLUAN HARIAN seperti ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran dan buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah dan lain-lain BARANG KEPERLUAN HARIAN.

Menawarkan PENJIMATAN harga jualan antara 10% -30% LEBIH MURAH daripada harga pasaran setempat.

Program Jualan Rahmah Madani 2026 KPDN Cawangan Kuala Kangsar.

Parlimen : Padang Rengas
Dun : Lubuk Merbau

Tarikh :
15-16 Mei 2026

Masa :
08.00pg - 10.00mlm

Tempat:
Segi Fresh Bougainvillea.

Ikuti sosial media KPDN PERAK:
IG : https://ww.instagram.com/kpdn.perak
Youtube : https://www.youtube.com/
Twitter : https://www.twitter.com/KPDNPerak/
TikTok : https://www.tiktok.com/







©Unit Media 2026 | KPDN Perak

Photos from KPDN-Perak's post 14/05/2026

PEMERIKSAAN STESEN MINYAK DAN PENGUATKUASAAN AKTA OLEH KPDN

Pengkalan Hulu, 14 Mei – Aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Gerik di sekitar Pengkalan Hulu telah diperiksa dalam dua operasi berasingan, tanpa sebarang kes pelanggaran dikesan.

Sebanyak 374 kenderaan direkodkan sepanjang tempoh operasi tersebut. Daripada jumlah itu, majoriti melibatkan pengisian Petrol RON95 dengan 336 kenderaan, diikuti diesel sebanyak 38 kenderaan termasuk kenderaan perdagangan. Tiada kenderaan direkodkan menggunakan Fleetcard.

Pegawai turut menjalankan pemeriksaan terperinci dengan merekodkan maklumat penting seperti nombor pendaftaran, jenis dan warna kenderaan, serta butiran pemandu bagi tujuan pemantauan dan pengesanan. Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesalahan atau tindakan undang-undang diambil.

Dalam pemeriksaan lain, Sebanyak 98 kenderaan direkodkan melibatkan 73 kenderaan lain-lain, 16 pacuan empat roda (4x4) dan 10 kenderaan perdagangan. Daripada jumlah itu, 20 kenderaan telah diperiksa secara lebih terperinci, namun tidak menemui sebarang cubaan membawa keluar barang kawalan secara tidak sah.

Ops Tiris 4.0 , Pemeriksaan dan pemantauan stesen minyak di Cawangan Gerik bagi memastikan pematuhan undang-undang, kestabilan harga, bekalan mencukupi serta mengekang aktiviti penyelewengan dan penyeludupan.

Secara keseluruhan, pemeriksaan ini menunjukkan tahap pematuhan yang baik dalam kalangan pengguna jalan raya serta pemandu kenderaan di kawasan tersebut.
Pihak KPDN akan terus mempergiatkan operasi pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada penyelewengan melibatkan barang kawalan dan penggunaan bahan api bersubsidi.

Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-794 1000 (KPDN Gerik)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000

Ikuti sosial media KPDN PERAK:
IG : https://ww.instagram.com/kpdn.perak
Youtube : https://www.youtube.com/
TikTok : https://www.tiktok.com/
Twitter : https://www.twitter.com/KPDN_Perak/









©Unit Media 2026 | KPDN Perak

Photos from KPDN-Perak's post 14/05/2026

PEMERIKSAAN TANDA HARGA DAN ALAT TIMBANG SUKAT, PEMERIKSAAN MINYAK MASAK BOTOL, PEMERIKSAAN BEKALAN - GULA, MINYAK MASAK, TEPUNG GANDUM, PEMERIKSAAN STESEN MINYAK, PEMERIKSAAN BEKALAN PETROL & DIESEL, LARANGAN PENJUALAN BARANG KAWALAN (PETROL RON95), SIASATAN ADUAN SERTA PELBAGAI AKTA YANG DIKUATKUASAKAN

TAIPING | 14 MEI 2026 (KHAMIS) – Sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Taiping telah menjalankan pemeriksaan dan aktiviti penguatkuasaan di premis perniagaan sekitar Kamunting.

Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan mendapati kebanyakan premis mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. Alat timbang dan sukat yang digunakan untuk tujuan perdagangan berada dalam tempoh sah penentusahan manakala tanda harga pada barangan yang dipamerkan untuk jualan adalah jelas dan teratur.

Hasil pemantauan di stesen-stesen minyak mendapati tiada penjualan petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing. Notis arahan larangan penjualan barang kawalan (petrol RON95) dan sekatan transaksi kad kredit/ debit di kaunter bayaran juga telah dipamerkan di kaunter pembayaran dan kawasan pam minyak sebagai salah satu strategi advokasi penguatkuasaan oleh KPDN dalam mendidik pengusaha stesen minyak dan pengguna agar lebih patuh kepada undang-undang.

Peniaga telah diingatkan supaya sentiasa mengamalkan etika perniagaan yang baik. Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana peniaga yang gagal mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dibuat melalui :
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-847 5806 (KPDN Taiping)
Whatsapp Aduan : 019-848 8000

Ikuti sosial media KPDN Perak :
IG : https://ww.instagram.com/kpdn.perak
Youtube : https://www.youtube.com/
Twitter : https://www.twitter.com/KPDNPerak/
TikTok : https://www.tiktok.com/






©️Unit Media 2026 | KPDN Perak

Photos from KPDN-Perak's post 14/05/2026

PEMERIKSAAN TANDA HARGA DAN ALAT TIMBANG SUKAT, SERTA PELBAGAI AKTA YANG DIKUATKUASAKAN.

KUALA KANGSAR | 14 Mei 2026 - Sepasukan anggota penguatkuasa KPDN Perak Cawangan Kuala Kangsar telah menjalankan pemeriksaan tanda harga, pemeriksaan alat timbang, pemeriksaan penentuan Harga maksimum minyak masak botol/ paket / dan stesyen minyak
Hasil pemeriksaan mendapati stok bekalan telur ayam dan minyak masak mencukupi untuk penduduk setempat. Lesen Runcit (CSA) masih dalam tempoh sah. Tiada berlaku unsur menyorok minyak masak.

Penguatkuasaan Peraturan² Kawalan Bekalan..Larangan Penjualan dan Pembelian Minyak Masak Paket kpd Warga Asing 2026 berkuatkuasa 1 Mac 2026.

Pemeriksaan stesyen minyak bagi larangan penjualan dan pembelian barang kawalan (petrol Ron95) 2026.

Peniaga juga adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kementerian. Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana peniaga yang gagal mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-776 8068 (KPDN Kuala Kangsar)
Whatsapp Aduan:- 019- 279 4317 / 019-848 8000

Ikuti sosial media KPDN PERAK:
IG : https://ww.instagram.com/kpdn.perak
Youtube : https://www.youtube.com/
Twitter : https://www.twitter.com/KPDNPerak/
TikTok : https://www.tiktok.com/





©Unit Media 2026 | KPDN Perak

Want your business to be the top-listed Business in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Ipoh

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 02:45 - 05:00
08:00 - 05:00