IKRAM Muda Perak
IKRAM Muda tampil dalam masyarakat, membina solusi demi masa depan negara Malaysia yang gemilang. DAKWAH - TARBIAH - KEBAJIKAN
22/05/2026
AZAM Siri 4: Zina Yang Menanggalkan Pakaian Iman
Pakaian Iman.
Bayangkan seseorang memakai pakaian yang melindungi tubuhnya. Pakaian itu menjaga maruah, menutup aib dan memberi rasa selamat.
Tiba-tiba pakaian itu ditarik keluar dari tubuhnya. Dia menjadi terdedah, lemah dan hilang perlindungan.
Begitulah Nabi ﷺ menggambarkan keadaan iman ketika seseorang tenggelam dalam dosa besar seperti zina dan arak.
Iman tidak hilang sepenuhnya daripada dirinya, tetapi cahaya dan kekuatan iman itu dicabut sementara sehingga dirinya dikuasai hawa nafsu.
Hadis ini bukan untuk membuat manusia putus asa.
Ia datang sebagai amaran keras bahawa dosa bukan sekadar “buat silap”, tetapi boleh merosakkan hubungan hati dengan Allah.
Sertai Channel Telegram:
https://t.me/AntizinaAnakMuda
Ikuti juga di FB, Tiktok, IG & Treads IKRAM Muda Perak
16/05/2026
Jika bukan kerana guruku,
Nescaya tiadalah aku kenal akan Tuhanku...
Jika bukan kerana guruku,
Tiadalah diri ini mengerti syariat wuduk,
Tiadalah dahi ini tunduk mengenal sujud,
Dan tiadalah lidah ini basah melafaz Al-Fatihah...
Terima kasih duhai guru,
Yang mencelikkan mataku daripada buta ABC,
Yang menuntun jiwaku mengenal Alif, Ba, Ta,
Sehingga mataku lancar membaca dunia,
Dan jemariku bisa menulis coretan ilmu...
Jika bukan kerana guru,
Sebagai arkitek agung dalam acuan pembinaan insan,
Tiadalah mungkin tegak berdiri sebuah peradaban,
Tiadalah mungkin lahirnya sebuah kemajuan...
Terima kasih Ibu dan Ayah, guru pertama di madrasah 'rumah' ,
Terima kasih guru-guru & dan murabbi yang tidak pernah jemu mendidik, menghidupkan roh dan jiwa..
Menundukkan diriku menjadi Hamba,
Memahamkan daku akan tugas Khalifah..
Siri AZAM Minggu 3:
Inspirasi daripada hadis
Ibnu Abbas meriwayatkan, “Dicabut cahaya (nur) keimanan di dalam zina.”
(Riwayat Bukhari di awal kitab Hudud, Fathul Bari 12:58-59).
Sertai Channel Telegram AZAM:
https://t.me/AntizinaAnakMuda
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
PEJABAT IKRAM NEGERI PERAK, 36A, Persiaran Halaman Ampang, Halaman Ampang Mewah
Ipoh
31350