PAS Perak
Facebook PAS Perak ini diwujudkan untuk menyebarkan dakwah dan kefahaman siasah islam kepada semua. Ianya adalah tapak rasmi Badan Perhubungan PAS Perak.
1. PAS tidak mengambil keputusan berdasarkan sentimen atau kepentingan jangka pendek, sebaliknya berdasarkan penilaian terhadap kemampuan sesuatu kerjasama untuk mencapai matlamat yang lebih besar iaitu penyatuan ummah dan kestabilan politik negara. Ia bukan menggembirakan tetapi ia ubat pahit yang perlu ditelan demi kemaslahatan yang lebih besar.
2. Perkara yang paling utama bagi PAS ialah penyatuan ummah. Apabila BERSATU di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional mengambil sikap menentang kemasukan parti-parti seperti BERJASA, PEJUANG, IMAN dan PUTRA walaupun kertas cadangan sudah disiapkan, tindakan tersebut jelas merosakkan gagasan penyatuan yang dihasratkan selama ini.
3. Ditambah p**a dengan kronologi sikap BERSATU di Perlis dan Negeri Sembilan, keadaan itu telah menjejaskan moral jentera PAS untuk terus bekerja bersama BERSATU dalam pilihan raya akan datang.
4. Kedudukan PAS dan BERSATU dalam Perikatan Nasional akan diuruskan mengikut peruntukan perlembagaan dan saluran yang sewajarnya. Sudah tentu PAS dan BERSATU tidak boleh terus berada di bawah payung yang sama berikutan keputusan yang dibuat semalam.
Fadhli Shaari
Alhamdulillah Mesyuarat PAS Pusat meluluskan keahlian 4308 org. Siru Ala Barakatillah
31/05/2026
KENYATAAN MEDIA
PESURUHJAYA PAS NEGERI PERAK
KESELAMATAN ANAK-ANAK DALAM TALIAN WAJIB DILINDUNGI, NAMUN KESELAMATAN DATA RAKYAT JUGA TIDAK BOLEH DIABAIKAN
Saya mengambil maklum pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) yang akan mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 2026, termasuk cadangan pengesahan umur pengguna media sosial menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad dan pasport. Pada prinsipnya, usaha melindungi kanak-kanak dan remaja daripada ancaman buli siber, eksploitasi seksual, penipuan serta kandungan berbahaya adalah sesuatu yang baik dan wajar disokong oleh semua pihak.
Namun begitu, kerajaan perlu memberikan penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai aspek keselamatan data peribadi rakyat. Penggunaan dokumen pengenalan rasmi secara meluas menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya selepas negara menyaksikan pelbagai insiden kebocoran data yang berlaku sebelum ini. Rakyat berhak mengetahui bagaimana data tersebut disimpan, siapa yang mempunyai akses, tempoh penyimpanan serta mekanisme perlindungan yang digunakan bagi mengelakkan penyalahgunaan maklumat peribadi.
Dalam masa yang sama, kerajaan perlu memastikan bahawa sistem pengesahan identiti ini tidak mewujudkan suasana ketakutan dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya generasi muda yang menggunakan platform digital untuk tujuan pendidikan, perniagaan, perkongsian ilmu dan menyuarakan pandangan. Jangan sampai timbul persepsi bahawa pengump**an data identiti secara besar-besaran boleh digunakan untuk memantau atau menekan pihak yang mengkritik kerajaan. Kepercayaan rakyat terhadap dasar awam hanya dapat dibina melalui ketelusan dan jaminan perlindungan hak pengguna.
Tambahan p**a, Malaysia sebenarnya telah mempunyai pelbagai instrumen undang-undang bagi menangani penyalahgunaan media sosial termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Hasutan 1948 serta beberapa peruntukan undang-undang lain yang telah digunakan dari semasa ke semasa terhadap kandungan yang melanggar undang-undang. Oleh itu, fokus utama seharusnya diberikan kepada penguatkuasaan yang adil dan berkesan terhadap pelaku kesalahan, bukannya sehingga menimbulkan kebimbangan baharu terhadap keselamatan data rakyat.
Justeru, saya menggesa kerajaan supaya melaksanakan dasar ini dengan penuh berhati-hati, telus dan bertanggungjawab. Keselamatan kanak-kanak perlu dipertahankan, tetapi pada masa yang sama keselamatan data peribadi, privasi pengguna serta keyakinan rakyat terhadap sistem digital negara juga wajib dijaga dan dipelihara.
YB DATUK USTAZ IDRIS BIN HAJI AHMAD
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
Merangkap Naib Presiden PAS
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
No 13, Medan Istana 3, Bandar Ipoh Raya
Ipoh
30000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |