MyGrafik
07/06/2023
Siap sebuah lukisan abstrak berkonsepkan retro Bauhaus (asal dari nama sekolah seni di Jerman). Konsep ini diminta sendiri oleh pelanggan yang juga meminati seni dari Jerman ini.
Secara asasnya, grafik Bauhaus ini hanya menggunakan geometri ringkas (bulat, petak, segiempat/tiga, dan garisan tebal) dan menggunakan tema warna asas (merah, hijau, kuning, biru). Untuk dapatkan konsep retro, penggunaan warna di kelamkan.
Setiap lukisan abstrak ada ceritanya. Lukisan abstrak ini diinspirasikan daripada basikal kesayangannya... 😊
Bagi yang ingin nak cuci mata, melihat hasil seni grafik boleh follow MyGrafik. Insyaallah jika ada kesempatan kami akan adakan klip2 video di TikTok bagi yang ingin belajar penghasilan digital grafik pada masa akan datang.
*lukisan ini akan dipecahkan kepada 2 frame dan dicetak atas canvas.
25/05/2023
Terima kasih kepada M Izam Syah atas kepercayaan kepada kami bagi mereka bentuk logo surau di pejabatnya.
Semoga surau tuan lebih makmur dan aktif dengan pelbagai aktiviti ibadah.
19/05/2023
Terima kasih Tupperware Stokis Aura Sinaran atas kepercayaan kepada kami mencipta logo rasmi mereka.
Semoga perniagaan bertambah sukses dengan adanya logo baharu!
Terima kasih big boss Meor Prinze Jr. pemilik stokis ini. . 🙏🙏
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Taman Perpaduan Koperasi, Tambun
Ipoh
31400