Osiris4face

Osiris4face

Share

"A drop of osiris a day keeps your acne away!"

12/06/2021

“Saya dah pakai produk ini OK sahaja kulit saya” , itu kata kata penjual dan pengguna produk Briliant Skincare apabila KKM mengumumkan produk pemutihan yang mereka gunakan mengandungi bahan beracun terlarang

Kakak dan adik adik sekalian,

Untuk jangka masa pendek memanglah produk yang mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin nampak berkesan. Kulit menjadi putih kepucatan dan menjadi kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Hasilnya p**a sangat cepat, memanglah membuat pengguna teruja.

Tapi apabila anda mula berhenti, kulit akan menjadi kusam, timbul jerawat dan warna menjadi tidak sekata. Kesannya akan wujud kebergantungan kepada produk yang menyebabkan anda terus memakai sehingga bertahun tahun.

Maka terjadilah masalah kulit kronik yang dikenali sebagai Ochronosis. Bahagian kulit yang sering disapu krim pemutih akan menjadi kehitaman yang tidak sekata. Ia kelihatan seperti Caviar (sila google) dan memberi kesan menggerutu.

Jika anda adalah pengguna produk,

⚠️ Briliant Skin Care Rejuvinating Facial Toner
⚠️ Briliant Skin Care Rejuvenating Facial Cream
⚠️ Briliant Skin Essential Whitening Facial Cream

Sila hentikan penggunaan, dapatkan konsultasi pakar kulit jika anda sudah anda tanda tanda rebound (akibat berhenti) atau tanda awal Ochronosis

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Seri Iskandar
Ipoh
32600