Puncak Meru Electrical Engineering
11/03/2022
Assalamualaikum semua. Hari ini, mari kita refresh basic electrical.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Dalam bidang kejuruteraan elektrik, bekalan elektrik fasa tunggal atau bekalan elektrik satu fasa merujuk kepada sistem pengagihan bekalan elektrik arus ulang-alik dengan menggunakan satu sistem di mana voltan bekalan berubah secara seragam. Sistem pengagihan fasa tunggal digunakan apabila sebahagian besar beban terdiri daripada litar pencahayaan dan pemanasan, dengan kurang penggunaan motor elektrik. Bekalan fasa tunggal yang dihubungkan ke motor elektrik arus ulang-alik tidak menghasilkan medan magnet berputar; litar pemula tambahan diperlukan bagi tujuan ini - oleh itu, motor elektrik fasa tunggal yang mempunyai kadaran melebihi 10 atau 20 kW jarang didapati.
Sebaliknya, dalam sistem tiga fasa, arus bagi setiap pengalir mencapai nilai kemuncaknya secara berjujukan dan bukan serentak; bermula dengan fasa pertama, kemudian fasa kedua, seterusnya fasa ketiga dan kembali semula ke fasa pertama. Corak gelombang bagi sistem tiga fasa mempunyai selang masa sebanyak satu pertiga bagi setiap fasa. Frekuensi piawai bagi sistem fasa tunggal adalah sama ada 50 atau 60 Hz.
-Credit to wikipedia-
Kenali kami dengan lebih dekat dengan melayari laman web kami di ⬇️
https://puncakmeruelectrical.com/
https://puncakmeruelectrical.com/
" Your Energy Assistance"
08/03/2022
Ingin tahu 5 punca litar pintas?.
1. Wiring yang tidak sempurna.
2. Penggunaan kabel yang tidak mengikut standard spesifikasi.
3. Sistem pengebumian yang tidak sempurna.
4. Penggunaan barangan elektrik yang melebihi arus yang ditetapkan.
5. Sistem perlindungan distribution board yang lemah.
Kami boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini. Hubungi kami untuk sebut harga yang berpatutan ☎️.
https://linktr.ee/Puncakmeruelectrical
https://linktr.ee/Puncakmeruelectrical
"Your Energy Assistance"
02/03/2022
Assalamualaikum semua..
Hari ini kita akan belajar topik tentang pembumian atau earthing.
Nak tau apa itu earthing dan mengapa earthing diperlukan?
Untuk pengetahuan anda, setiap pendawaian elektrik mestilah dibumikan bagi menyediakan perlindungan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik akibat kebocoran arus elektrik ke bumi dengan menyediakan laluan berintangan rendah ke bumi.
Komponen utama pendawaian (yang tidak membawa arus, seperti pembuluh logam), rangka bumbung yang diperbuat daripada logam serta peralatan elektrik (terutamanya yang menggunakan motor elektrik serta unsur pemanas) adalah antara komponen yang wajib dibumikan.
Tujuan pembumian diadakan pada pemasangan elektrik adalah:-
- Untuk mengekalkan keupayaan system pendawaian supaya sentiasa berada dalam keupayaan yang sama dengan bumi (0 V).
- Untuk membolehkan arus mengalir kebumi sekiranya berlaku kerosakan pada system pendawaian.
- Untuk mengurangkan kesan kejutan elektrik kepada pengguna
Korang dapat sesuatu?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Ipoh
31400