Elmuneef
Fully operated by ELMUNEEF ENTERPRISE
SSM: 201603315535(IP0464259-W)
📞 Hotline No. : +6011-20955308
📧 [email protected]
Konsultan Pendidikan:Kursus, Seminar, Bengkel, Kelas Tuition & Quran
Lain²: Perintis Akaun Bisnes, Kejuruteraan, Assignment Helper
07/05/2026
Kisah Inspirasi
Bekas pelajar TVET, Muhammad Din kini bekerja sebagai bricklayer profesional di UK dengan pendapatan lebih RM25K sebulan. Bermula dari WorldSkills, beliau kini mahu bawa standard pembinaan UK ke Malaysia dan ubah persepsi terhadap kerjaya kemahiran.
Artikel penuh: https://mooda.my/muhammad-din-bricklayer-malaysia-uk/
Diam-diam pelajar kita "penat", tapi takut mengadu.
Pedagogi pendidikan hari ini bukan lagi sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membina pengalaman pembelajaran yang mampu menyentuh minda dan emosi pelajar. Guru bukan sahaja mengajar apa yang ada dalam buku, tetapi memupuk pemikiran kritis, kreativiti dan nilai kemanusiaan. Pendidikan yang baik berlaku apabila guru memahami cara pelajar belajar, menghargai perbezaan mereka, dan menjadikan kelas sebagai ruang selamat untuk bertanya, mencuba dan gagal. Di sinilah lahirnya generasi yang bukan hanya pandai, tetapi juga beradab dan berperanan dalam masyarakat.
28/09/2025
Statement ini wajar diberi perhatian kerana ia menyentuh soal emosi dan kesejahteraan anak. Bayangkan anak yang penat seharian di sekolah, rindu ibu bapa, tapi saat bertemu disambut dengan muka bengis, sudah tentu hati kecil mereka terguris. Anak bukan sekadar perlukan makan dan pelajaran, tapi juga kasih sayang yang ditunjukkan melalui bahasa tubuh, senyuman, pelukan, dan nada suara.
Sokongan emosi yang konsisten dari ibu bapa akan membentuk anak yang lebih yakin, tenang, dan berani mengekspresikan diri. Sebaliknya, jika setiap hari disambut dengan bentakan dan wajah tegang, anak mungkin belajar menahan emosi, rasa takut, atau lebih buruk apabila mereka menjauh secara emosi dari ibu bapa.
Namun begitu, kita juga perlu adil terhadap ibu bapa. Mungkin mereka keletihan, tertekan dengan kerja, kesesakan jalan raya, atau tekanan kewangan. Tak semua orang ada tenaga emosi yang stabil setiap masa. Reaksi bengis bukan semestinya kerana benci, tapi mungkin refleks dari keletihan dan tekanan yang belum dikawal dengan baik.
Dalam hal ini, penting untuk ada kesedaran dua hala. Apa yang perlu dibuat? Buat ibu bapa yang hebat cuba kawal emosi agar tak terbias pada anak, dan masyarakat juga perlu beri ruang empati terhadap cabaran hidup ibu bapa masa kini.
Langkah yang terbaik adalah usaha untuk seimbangkan kasih sayang dan pengurusan emosi. Anak mungkin tak ingat semua benda yang diajar, tapi dia pasti ingat bagaimana dia dilayan.
Allahu a'lam.
Kredit: Cikgu Kalkulus
28/09/2025
Kelas Ulangkaji bersama calon SPM/SPMU setiap Sabtu & Ahad secara atas talian sahaja.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Station 18
Ipoh
31650