Heat Shield Solution

Heat Shield Solution

Share

12/05/2026

Siri 11: Kenapa rumah saya panas: Faktor dalaman

Rumah ataupun sesuatu bangunan akan jadi panas boleh disebabkan oleh faktor dalaman dan juga luaran. Faktor luaran adalah seperti bumbung, dinding ataupun tingkap yang terdedah pada cahaya matahari ketika pada waktu pagi ataupun petang.

Manakala faktor dalaman p**a adalah seperti peralatan yang menghasilkan haba seperti peti sejuk, lampu LED, kipas siling yang menarik udara panas yang terkumpul di bawah siling serta bilangan orang yang berada di dalam sesuatu kawasan kerana badan manusia turut akan menghasilkan haba.

Selain daripada itu, apabila kita memasak api yang digunakan untuk memasak turut menyebabkan ruang di bahagian dapur menjadi panas.

Maka dengan ini, pengudaraan boleh membantu peredaran serta pertukaran udara di antara udara sejuk dengan udara panas. Pengudaraan boleh menggunakan cara pemasangan kipas exhaust, kipas meja ataupun kipas berdiri.

Selain daripada itu, pemasangan awning jenis yang tanpa sebarang penebat haba turut akan menyebabkan tingkat bawah merasakan bahang panas walaupun rumah itu adalah 2 tingkat.

Faktor lain adalah siling yang rendah menyebabkan pengedaran udara terbatas. Namun siling rendah menjimatkan penggunaan elektrik apabila pendingin hawa lebih cepat menyejukkan ruang berbanding ruang yang lebih luas yang memerlukan penggunaan h/p yang lebih tinggi.

Rekabentuk sesuatu bangunan turut mempengaruhi peredaran udara kerana kebiasaan rumah atau bangunan moden tidak dimasukkan elemen pengudaraan kerana beranggapan bahawa penggunaan pendingin hawa akan digunakan di masa hadapan.

Lee Wai Wan

07/05/2026

Siri 49: Ralat dalam pembinaan: Saluran paip sinki

Saluran paip air dari sinki memainkan peranan untuk menyalurkan air basuhan dengan baik. Namun begitu, sekiranya kerja tidak dilakukan dengan sempurna, maka ia akan mendatangkan masalah pada tuan rumah.

Masalah terbongkar bermula dari saluran paip air yang berada di luar bocor dan mengalir ke bahagian bawah kedai. Unit bawah buat aduan dan kami pergi mencari punca masalah dan mendapati air sinki di sebelah kanan telah sumbat. Berbanding dengan sinki kiri yang walaupun air tidak mengalir dengan lancar, air masih boleh berjalan. Semak punya semak dapati punca air sinki sebelah kanan tidak dapat lalu dengan baik kerana ia berada dalam keadaan condong ke bawah sebelah kanan.

Selepas buka penutup bottle trap, nampak p**a saluran paip telah sumbat dengan lemak bersama dengan bau yang meloyakan.

Oleh itu, kami perlu buat semula saluran paip untuk memastikan air boleh lalu dengan lancar dan selepas ini, minyak ataupun sisa makanan perlu pastikan tidak dibuang ke dalam lubang sinki.

Lee Wai Wan

Want your business to be the top-listed Contractor in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


251A, Jalan Silibin, Taman Alkaff
Ipoh
30100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00