APM KINTA

APM KINTA

Share

Photos from APM Negeri Perak's post 06/04/2026
26/03/2026

AMARAN CUACA PANAS : KESELAMATAN KENDERAAN

Berikut adalah maklumat mengenai tips keselamatan yang perlu diambil perhatian ketika cuaca panas yang kini sedang melanda negara kita. Antaranya seperti berikut :-

1. Pastikan cecair penyejuk enjin (coolant) mencukupi dan kipas enjin berfungsi dengan baik
2. Gunakan pelindung matahari (visor / tirai matahari) pada semua cermin hadapan dan turunkan tingkap sedikit untuk pengudaraan yang lebih baik
3. Periksa tekanan angin tayar secara berkala
4. Jangan tinggalkan barangan yang mudah terbakar atau meletop seperti pemetik api, power bank, inhaler dan penyembur aerosol
5. Gunakan wax atau salutan seramik untuk melindungi cat kereta daripada sinaran UV yabg boleh merosakkan cat
6. Cari tempat letak kereta berbumbung dan berteduh bagi mengurangkan pendedahan langsung kepada cahaya matahari
7. Jika suhu kenderaan meningkat (overheat), sila berhenti di bahu jalan dengan selamat, nyalakan lampu hazard dan jangan buka penutup radiator ketika enjin sedang panas

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Disediakan oleh :
Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Jabatan Perdana Menteri














**

Want your organization to be the top-listed Government Service in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


ANGKATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH KINTA, Blok B, Aras 1, Wisma SSI Jalan Sultan Abdul Jalil
Ipoh
30350