Musolla Assaadah
Safwan bin Abdullah bin Safwan, suami Ad-Darda binti Abud Darda berkata: Saya p**ang ke keluarga saya dari Syam lalu saya mendapati Ummud Darda di rumah tetapi Abud Darda tiada.
Ummud Darda bertanya: Adakah kamu ingin melakukan Haji tahun ini?
Saya berkata: Ya.
Ummud Darda berkata: Berdoalah kepada Allah untuk memberikan kebaikan kepada kami kerana Nabi ﷺ telah bersabda (mafhumnya);
“Sesungguhnya doa seseorang muslim bagi saudaranya tanpa pengetahuannya itu diterima. Di sisi kepalanya ada malaikat yang diwakilkan. Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, malaikat itu berkata: Ya Allah terimalah doanya dan moga Allah berikan perkara yang sama kepada kamu”.
Kemudian saya berjumpa dengan Abud Darda di pasar dan beliau juga memberitahu perkara yang sama didengari dari Nabi ﷺ.
Sumber: Adabul Mufrad susunan Imam Al-Bukhari.
07/02/2022
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
*Barangsiapa yang menyintai kerana ALLAH TAALA, membenci kerana ALLAH TAALA, memberi kerana ALLAH TAALA dan tidak memberi kerana ALLAH TAALA maka dia telah menyempurnakan keimanannya*
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Simpang Pulai
Ipoh
31300