YAWATIM.NegeriPerak
Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia (YAWATIM) Negeri Perak bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai pendidikan anak yatim atau miskin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian di bawah PEYATIM dengan berkonsepkan wakaf
21/12/2025
Malam 1 Rejab | Permulaan Bulan Mulia
Alhamdulillah, kita dipertemukan dengan malam 1 Rejab, salah satu bulan yang dimuliakan Allah SWT.
Rejab adalah bulan untuk kita memperbaiki diri, memperbanyakkan doa dan memohon keampunan, sebagai persediaan menuju Ramadan yang diberkati.
Rasulullah SAW mengingatkan agar kita mengambil peluang bulan Rejab dengan meningkatkan amal soleh dan menjauhi perkara yang melalaikan.
🤲 Marilah kita berdoa:
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
Semoga Rejab ini menjadi titik permulaan perubahan ke arah kebaikan, dan setiap doa serta amal kita diterima oleh Allah SWT.
28/11/2025
𝐒𝐞𝐝𝐞𝐤𝐚𝐡 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭
Sama-sama ringankan beban anak-anak yatim atau miskin yang sedang menuntut di IPT yang ditubuhkan PEYATIM.
Bantuan kecil hari ini boleh menjadi doa yang mereka nantikan.
Di hari Jumaat yang penuh barakah ini, jadilah penyumbang yang memastikan pendidikan dan kehidupan mereka lebih terjamin.
🔗 https://ewaqafyawatim.org/form?id=2&wid=54
Atau
https://ewaqafyawatim.org/form?id=2&wid=52
31/10/2025
𝐒𝐞𝐝𝐞𝐤𝐚𝐡 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭
Setiap pemberian membuka pintu rezeki dan keberkatan buat diri kita.
Melalui infaq dan waqaf anda, bukan hanya anak-anak yatim mendapat peluang belajar, malah pahala dan kebaikan terus mengalir untuk anda.
Sedekah boleh dimulakan dari RM10, dan waqaf tanah serendah RM30/lot, namun ganjarannya kekal hingga ke akhirat.
Kerana sesungguhnya, sedekah adalah harta kita yang sebenar.
Klik untuk berwaqaf:
https://ewaqafyawatim.org/form?id=2&wid=54
Atau
https://ewaqafyawatim.org/form?id=2&wid=52
𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭
Mulakan hari penuh barakah ini dengan sedekah harian dan bacaan Surah Al-Kahfi,
agar kita semua sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan Allah SWT.
Jom sertai kami untuk membantu membiayai pendidikan anak yatim dan miskin melalui YAWATIM.
Setiap sumbangan anda memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke:
⚫ Universiti College Bestari (UCB), Setiu – Terengganu
⚫ Akademi Pengajian Islam ASEAN (APIA), Dungun – Terengganu
Dengan hanya RM10/lot, anda boleh menyalurkan waqaf atau infaq atas nama diri sendiri, ibu bapa, atau insan tersayang — sebagai bekalan amal jariah yang berkekalan.
🔗 Salurkan sumbangan Waqaf PEYATIM melalui
https://ewaqafyawatim.org/form?id=2&wid=54
Atau
https://ewaqafyawatim.org/form?id=2&wid=52
📌 Imbas kod QR yang tertera untuk menyumbang dengan lebih pantas.
16/09/2025
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
Hari ini kita bersama meraikan nikmat kebebasan, perpaduan dan keharmonian tanah air tercinta.
Moga rasa syukur ini terus dizahirkan melalui semangat saling membantu, berkongsi rezeki dan menyemai kebaikan.
Ikhlas daripada kami,
Seluruh Warga Pekerja YAWATIM
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
No 9A, Jalan Meru Bestari A4, Meru Bestari
Ipoh
30020