Pengakap Pulau Pinang
12/07/2026
Terbaik Pengakap Pulau Pinang
Sasaran 5,000 peserta MYJAM15 berjaya dicapai
ALOR GAJAH – Sasaran penyertaan 5,000 peserta bagi Jambori Pengakap Malaysia Ke-15 (MYJAM15) berjaya dicapai apabila seramai 5,060 peserta telah berdaftar setakat penghujung bulan lalu.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pulau Pinang, Datuk Zulkafli Kamaruddin berkata, daripada jumlah itu, seramai 3,509 peserta merupakan penyertaan dari seluruh negara, 886 peserta daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang (PPMNPP) dan 332 peserta pasukan perkhidmatan.
Selain itu, katanya, seramai 333 peserta antarabangsa termasuk dari Sri Lanka, Taiwan, Vietnam, Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand, Maldives dan Bangladesh.
Menurutnya, penyertaan antarabangsa dijangka terus meningkat kerana masih terdapat beberapa kontinjen luar negara yang sedang melengkapkan proses pendaftaran dan pembayaran.
“Setakat ini kita sudah melepasi sasaran awal 5,000 peserta apabila jumlah pendaftaran mencecah 5,060 orang.
“Bagi kontinjen antarabangsa, masih ada beberapa negara yang telah mengesahkan penyertaan, namun belum melengkapkan pembayaran. Sebaik sahaja proses itu selesai, jumlah peserta dijangka terus bertambah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Bengkel Pelaksanaan dan Pemantapan Pelan Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia di Kem Permata Resort, di sini, semalam.
Tambah beliau, persiapan keseluruhan jambori kini telah mencapai kira-kira 60 peratus dan pihaknya yakin segala persiapan dapat disempurnakan sepenuhnya sebelum program berlangsung.
“Kita menyasarkan semua aspek persiapan termasuk logistik, tapak perkhemahan, kemudahan peserta serta penyelarasan program mencapai 100 peratus dalam tempoh terdekat,” ujarnya.
MYJAM15 dijadualkan berlangsung dari 29 Ogos hingga 4 September ini di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang dengan menghimpunkan ribuan pengakap dari dalam dan luar negara.
Mengulas lanjut, Zulkafli berkata, jambori itu bukan sekadar platform menghimpunkan ahli Pengakap, malah menjadi medium memperkukuh persahabatan, kepimpinan serta pertukaran budaya antara peserta pelbagai negara.
Katanya, penganjuran kali ini turut meneruskan legasi sejarah Pengakap Malaysia apabila Pulau Pinang sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah selepas menjadi lokasi Jambori Pengakap Malaysia pertama yang diadakan di Kem Jubilee, Teluk Bahang pada 5 Disember 1966.
Jambori bersejarah itu menghimpunkan kira-kira 2,000 pengakap dari 13 negeri di Malaysia serta 12 negara luar, sekali gus menjadi titik penting dalam perkembangan pergerakan Pengakap di negara ini.
10/07/2026
Setinggi-Tinggi Tahniah Diucapkan Kepada Yang Berbahagia Dato' Lee Toong Leon, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang Atas Penganugerahan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) Yang Membawa Gelaran DATO' Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Wisma Pengakap, 1, Solok Scotland
George Town
10450