IPN CPD

IPN CPD

Share

IPNCPD tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperoleh daripada platform ini;

2. Pelawat/pengguna tidak dibenarkan menggunakan maklumat dalam media sosial untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebarkan maklumat tanpa kebenaran.

01/06/2026

𝗗𝗜𝗥𝗚𝗔𝗛𝗔𝗬𝗨 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

𝗞𝗘𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗜𝗕𝗡𝗜 𝗔𝗟𝗠𝗔𝗥𝗛𝗨𝗠 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada Pusat Pembangunan Profesional, Institut Perakaunan Negara.

Photos from IPN CPD's post 30/04/2026

𝗘𝗙𝗙𝗘𝗖𝗧𝗜𝗩𝗘 𝗪𝗥𝗜𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝗪𝗢𝗥𝗞𝗦𝗛𝗢𝗣 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗖𝗜𝗠𝗔 – 𝗠𝗜𝗔 𝗦𝗣𝗘𝗖𝗜𝗔𝗟 𝗣𝗔𝗧𝗛𝗪𝗔𝗬

Pada 29 April 2026, Institut Perakaunan Negara melalui Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD) telah menganjurkan Effective Writing Skills Workshop bagi Program CIMA – MIA Special Pathway bertempat di IPNCPD, Cyberjaya.

Bengkel ini dirangka khusus untuk memperkukuh keupayaan calon dalam menghasilkan penulisan yang jelas, padat, berstruktur dan berimpak tinggi, selaras dengan kehendak peperiksaan CIMA. Peserta didedahkan kepada strategi penulisan berkesan, pengurusan masa serta penguasaan gaya bahasa profesional yang mampu meningkatkan keyakinan diri dan kualiti jawapan peperiksaan.

IPNCPD berbesar hati menerima kehadiran Dr. Yee Wee Chun, tenaga pengajar dari Noesis Exed Berhad yang berpengalaman luas dalam bidang penulisan profesional dan program CIMA. Sentuhan beliau yang praktikal, interaktif dan berorientasikan keperluan peperiksaan sebenar membantu calon menguasai teknik penulisan berstruktur, kemahiran menyusun hujah dengan jelas, serta strategi menjawab soalan secara analitikal dan meyakinkan.

Penganjuran bengkel ini bukan sekadar latihan teknikal semata-mata tetapi juga satu inisiatif sokongan akademik berfokus untuk memperkukuh persediaan calon menghadapi peperiksaan CIMA – MIA Special Pathway Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dengan lebih yakin dan berkesan.

Want your business to be the top-listed Accountant in Cyberjaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Pusat Pembangunan Profesional Institut Perakaunan Negara, Tingkat 1, Unit 02-01-01, Menara 2 Wisma Mustapha Kamal
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30