PEMBINA Pulau Pinang

PEMBINA Pulau Pinang

Share

Photos from PEMBINA Pulau Pinang's post 07/12/2025

BENGKEL REPROALERT ! FT PEMBINA PULAU PINANG |
6 DISEMBER 2025

Alhamdulillah,PEMBINA Pulau Pinang telah dijemput oleh pihak I-Medik Pulau Pinang untuk menghadiri bengkel ReproAlert bertempat di Dewan Nilam,Hospital Kepala Batas.

Bengkel ini telah dihadiri seramai 23 wakil ahli PEMBINA yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan termasuk daripada UiTM cawangan Pulau Pinang dan UniKL MSI.

Antara intipati utama telah dibentang dalam modul ReproAlert ini ialah tentang bahaya pornografi,kecelaruan gender serta pengurusan nafsu yang semestinya merupakan masalah besar yang dihadapi segolongan besar remaja dan belia hari ini.

Semoga semua ahli PEMBINA yang hadir ke bengkel ini mendapat input serta manfaat untuk disebarluakan di IPT dan sekolah yang terdapat dalam negeri Pulau Pinang ini.

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

Surah al-Isra’, 17:32

Photos from PEMBINA Pulau Pinang's post 28/11/2025

LEPAK MAQASID 1.0 PEMBINA UITMCPP |
9 OKTOBER 2025

Alhamdulillah,telah selesai lepak maqasid yang dihadiri oleh ahli 30 ahli PEMBINA UiTMCPP sebagai program pertama SPB UiTMCPP.

Lepak maqasid ini diadakan di BKBA 2.1,UiTM Cawangan Pulau Pinang ini telah disampaikan oleh akh Ammar Muhd yang merupakan alumni PEMBINA.

Antara intipati utama yang disampaikan oleh Akh Ammar kepada pelajar baharu UiTMCPP ialah cara menjadi mahasiswa yang beragenda menggunakan teknik Maslow's Theory yang menggariskan tentang keperluan keutamaan manusia dalam kehidupan mereka.

إِنَّ اللَّـهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

(Surah al-Ra’d: 11)



,

Photos from ISMA Kulim's post 26/10/2025

🌍💕

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Butterworth?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No. 3 Tingkat 1, Lorong Perniagaan 1, Pusat Perniagaan Sungai Dua
Butterworth
13800