SRAR Al-Siddiq
Sesi pagi - Tahun 1 2 3 (7:45-10:45 pagi)
Sesi petang - Tahun 4 5 6 (3:00-6:00 petang)
12/01/2026
:: sesi 2026 ::
Alhamdulilah 'ala kulli haal~
Moga anak-anak terus istiqamah hadir ke sekolah.
Moga mereka mendapat ILMU yang bermanfaat.
Moga mereka menjadi Hamba Allah yang taat.
Moga mereka terdidik dengan adab dan akhlak terpuji.
Moga mereka menjadi anak-anak soleh solehah ibu dan ayah.
Sesi pagi 7:45 pagi - 10:45 pagi
Sesi petang 3:00 - 6:00 petang
10/01/2026
::Bayaran Yuran::
Alhamdulilah~ selesai pada 5 Januari 2026.
8:30 pagi - 1:00 petang (tak bangun, tak naik kepala)
Untuk makluman ibu bapa penjaga.
Sekolah bukan tidak mahu menerima murid baharu.
Kami mendahulukan murid sedia ada terlebih dahulu.
Setiap tahun kuota sentiasa penuh.
Tahun 1 : kuota 80, kami buka sehingga 90 (dua kelas shj)
Seramai ini sahaja yang mampu kami terima.
Tahun 2-6 : kuota 100 (dua kelas shj setiap tahun)
Kami sendiri kekurangan tenaga pengajar.
Guru hanya 9 daripada 12 (ada 12 kelas).
Biarlah ilmu yang disampaikan dapat digunakan.
Biarlah didikan adab yang diberikan dapat diamalkan.
Mereka hanya kanak-kanak. Ada kala patuh dan ada kala nakal.
Bukan orang dewasa yang boleh mendengar kata.
Setiap nasihat dan teguran perlu diulang berkali-kali.
Kami masih berjuang dan mencuba.
Barakallahulakum 💐💐💐
Terima kasih kerjasama dan keprihatinan ibu bapa penjaga.
26/12/2025
Sijil UPKK 2024
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) BERKAITAN SIJIL UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) 2024
26 DISEMBER 2025M / 5 REJAB 1447H
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima pertanyaan daripada ibu bapa berhubung Sijil Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024, susulan pengumuman keputusan peperiksaan yang telah dibuat pada 20 Mac 2025.
2. Untuk makluman, Sijil UPKK Tahun 2024 telah siap untuk edaran dan proses penghantaran sedang dilaksanakan secara berperingkat ke semua Agensi Pelaksana KAFA Negeri-negeri bagi tujuan edaran kepada sekolah-sekolah berkaitan.
3. Walau bagaimanapun, sijil bagi dua (2) negeri iaitu Wilayah Persekutuan dan Selangor masih berada dalam proses cetakan dan akan disiapkan dalam tempoh terdekat. Semua calon UPKK Tahun 2024 boleh mendapatkan Sijil UPKK masing-masing melalui sekolah tempat mereka menduduki peperiksaan.
4. Untuk makluman ibu bapa, slip keputusan fizikal UPKK Tahun 2024 yang telah diperoleh sebelum ini di sekolah masing-masing adalah sah dan boleh digunakan sebagai dokumen sokongan bagi permohonan kemasukan ke sekolah-sekolah khusus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
Iskandar Perdana
Bota
32610
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |