KRT FELDA LURAH BILUT

KRT FELDA LURAH BILUT

Share

Photos from KRT FELDA LURAH BILUT's post 27/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, suasana gotong-royong dan semangat kebersamaan jelas terpancar sepanjang ibadah korban di Felda Lurah Bilut ๐Ÿ„๐Ÿค
Bukan sekadar ibadah korban, tetapi inilah momen yang menyatukan komuniti โ€” saling membantu, berganding bahu dan mengeratkan ukhuwah sesama penduduk โค๏ธ

Terima kasih kepada semua penduduk, sukarelawan, ahli KRT serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sambutan Aidiladha tahun ini. Dari awal hingga selesai, setiap tenaga, masa dan kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Semoga segala pengorbanan, keikhlasan dan usaha kita diterima serta diberkati Allah SWT. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan terus mengukuhkan semangat perpaduan dalam komuniti kita ๐ŸŒ™โœจ

๐Ÿ“ KRT Felda Lurah Bilut
Memperkasa Komuniti Mengukuh Perpaduan

27/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™
Selamat Hari Raya Aidiladha daripada
KRT Felda Lurah Bilut
Semoga ibadah korban dan semangat pengorbanan yang diraikan pada hari mulia ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan perpaduan dalam komuniti kita.
Maaf zahir dan batin daripada kami semua.
Semoga Aidiladha kali ini disambut dengan penuh keinsafan, kegembiraan dan rahmat bersama keluarga tercinta โค๏ธ
โ€œMemperkasa Komuniti, Mengukuh Perpaduanโ€

14/05/2026

๐ŸŒŸ ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ & ๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐ŸŒŸ

Pihak ๐Š๐‘๐“ ๐…๐ž๐ฅ๐๐š ๐‹๐ฎ๐ซ๐š๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ฎ๐ญ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yb Rara Young Syefura Othman atas keprihatinan serta sumbangan bakul makanan untuk kegunaan anggota Skim Rondaan Sukarela (๐’๐‘๐’).

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pegawai Khas beliau, En. Hyecal Ahmad atas kesudian menyampaikan sumbangan tersebut sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada anggota SRS yang sentiasa komited menjalankan rondaan keselamatan setiap malam demi memastikan keamanan, kesejahteraan dan keharmonian komuniti setempat terus terpelihara.

Sumbangan dan keprihatinan seperti ini amat bermakna buat kami serta menjadi pembakar semangat kepada anggota SRS untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Semoga segala jasa baik dan keprihatinan ini mendapat keberkatan serta dipermudahkan segala urusan.

๐Ÿค ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ค๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐ฌ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐š๐ฌ๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ซ๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ & ๐ค๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐…๐ž๐ฅ๐๐š ๐‹๐ฎ๐ซ๐š๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ฎ๐ญ.

โ€œMemperkasa Komuniti, Mengukuh Perpaduanโ€

โ€”
๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š:
๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข & ๐€๐‰๐Š
๐Š๐‘๐“ ๐…๐ž๐ฅ๐๐š ๐‹๐ฎ๐ซ๐š๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ฎ๐ญ

Photos from KRT FELDA LURAH BILUT's post 06/05/2026

๐Ÿ“Œ MESYUARAT AJK PENGURUSAN KRT KAMPUNG FELDA LURAH BILUT BIL. 1/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat AJK Pengurusan Bil. 1 KRT Felda Lurah Bilut telah berjaya diadakan pada:

๐Ÿ—“ 5 Mei 2026 (Selasa)
โฐ 8.45 malam
๐Ÿ“ Pondok KRT Felda Lurah Bilut

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK lama atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Tahniah juga kepada barisan AJK baharu yang dilantik bagi sesi 2026โ€“2029. Semoga amanah yang digalas dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan semangat kerjasama.

๐Ÿค Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam memperkukuh perpaduan dan memajukan komuniti kampung kita.

โœจ Memperkasa Komuniti, Mengukuh Perpaduan

01/05/2026

๐ŸŒŸ SELAMAT HARI PEKERJA 2026 ๐ŸŒŸ

โ€œPekerja Madani, Kesuma Bangsaโ€

KRT Felda Lurah Bilut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pekerja atas segala usaha, dedikasi dan pengorbanan dalam memacu pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Setiap keringat yang dicurahkan adalah lambang kekuatan, semangat dan kemajuan bersama.

Terima kasih atas jasa dan bakti anda.

Ikhlas daripada
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Felda Lurah Bilut

30/04/2026

Promosi khas buat semua warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Pahang & pemegang IC No. '06', '32' & '34'

Sepanjang bulan Mei 2026 ini jangan lepaskan peluang anda untuk nikmati harga promosi tiket masuk ke D'Bilut Agrofarm & Retreat.

Harga tiket termasuk entrance ke Animal Garden, Bee Farm & Swimming Pool.

Photos from KRT FELDA LURAH BILUT's post 12/04/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Pemilihan dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa KRT Felda Lurah Bilut bagi sesi 2026/2028 yang telah berlangsung pada 10 April 2026 di Dewan Serbaguna JKKK Felda Lurah Bilut telah selesai dengan jayanya.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran KRT Felda Lurah Bilut yang berlangsung dalam suasana penuh meriah, harmoni dan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa KRT sesi 2024โ€“2025 atas segala jasa, komitmen serta pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Segala usaha, dedikasi dan semangat kerjasama yang ditunjukkan amatlah dihargai dalam memastikan keharmonian, keselamatan serta kesejahteraan komuniti sentiasa terpelihara dan diperkukuhkan.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa baharu sesi 2026/2028. Semoga dapat meneruskan legasi kecemerlangan serta terus memperkukuh perpaduan dan kebersamaan dalam komuniti.

Semoga setiap bakti yang dicurahkan diberkati serta dikurniakan ganjaran yang setimpal, di samping menjadi kenangan manis yang akan terus terpahat dalam ingatan kita semua.

โ€œBersatu Hati Memperkukuh Perpaduan, Membina Komuniti Sejahtera.โ€

Photos from KRT FELDA LURAH BILUT's post 30/03/2026

Satu perjumpaan bersama ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Felda Lurah Bilut telah diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa yang berlaku di dalam kampung. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh pihak KRT dengan kehadiran ahli-ahli SRS yang komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat sentiasa terpelihara.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk aspek keselamatan kampung, rondaan berkala, serta isu-isu semasa yang memerlukan perhatian segera. Sesi perbincangan turut memberi ruang kepada ahli untuk berkongsi pandangan, cadangan dan maklum balas bagi menambah baik pelaksanaan aktiviti SRS dari semasa ke semasa.

Diharapkan melalui perjumpaan ini, satu pendekatan yang lebih tersusun dan berkesan dapat dilaksanakan dalam usaha memperkukuh perpaduan serta menjamin keharmonian penduduk Felda Lurah Bilut secara berterusan.

Photos from KRT FELDA LURAH BILUT's post 26/03/2026

Alhamdulillah ๐Ÿคฒโœจ, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) KRT Felda Lurah Bilut bulanan KRT 2026 yang telah berlangsung pada 26 Mac 2026 (Khamis) jam 9.00 malam di Pondok KRT Lurah Bilut telah berjalan dengan teratur dan jayanya.

Pelbagai perkara telah dibincangkan secara menyeluruh melibatkan perancangan, pembahagian tugas serta persediaan bagi memastikan program yang bakal dilaksanakan nanti berjalan lancar dan teratur. Komitmen, kerjasama serta idea yang diberikan oleh semua AJK amatlah dihargai dalam menjayakan perbincangan ini.

Semoga segala urusan yang dirancang dipermudahkan dan mendapat keberkatan, seterusnya dapat merealisasikan penganjuran program-program KRT 2026 dengan penuh kemeriahan dan keharmonian.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang hadir dan memberikan komitmen yang padu.
Sekian, terima kasih.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Bentong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


FELDA LURAH BILUT
Bentong
28800