Sekolah Rendah Islam Riyadhus Solihin
17/06/2026
🌙 Salam Maal Hijrah
1 Muharam 1448H
Marilah kita menjadikan tahun baharu ini sebagai titik permulaan untuk meningkatkan amal, memperkukuh ukhwah serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
✨ Jadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mencari redha Allah SWT ✨
Semoga kita terus melangkah dalam keberkatan dan rahmat Allah SWT.
10/06/2026
[Terima Kasih Cikgu Adah🥰]
Bukan mudah mengucapkan selamat tinggal kepada insan yang telah banyak menabur bakti.
Hari ini, langkah kaki cikgu membawa amanah ke tempat yang baharu. Namun, segala ilmu, nasihat, kesabaran dan kasih sayang yang pernah dicurahkan akan terus terpahat dalam ingatan kami.
Terima kasih kerana menjadi pendidik yang bukan sekadar mengajar, tetapi juga membimbing, mendengar dan membentuk jiwa anak-anak menjadi insan yang lebih baik.
Perpisahan ini bukan pengakhiran sebuah hubungan, tetapi permulaan doa yang tidak pernah putus. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan buat cikgu di mana jua berada.
Jasamu akan sentiasa dikenang, kenangan bersamamu akan sentiasa dirindui.
Selamat menempuh perjalanan baharu. Semoga terus cemerlang dalam mendidik ummah.
Selamat berpuasa Hari Arafah🥰
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Sungai Kajang
Batu Pahat
83000
Opening Hours
| Monday | 07:45 - 15:30 |
| Tuesday | 07:45 - 15:30 |
| Wednesday | 07:45 - 15:30 |
| Thursday | 07:45 - 15:30 |
| Sunday | 07:45 - 15:30 |