PENTAS
12/01/2026
SESI LIBAT URUS & KONGSI ILMU PENTADBIR | 12 JANUARI 2026
Telah berlangsung dengan jayanya Sesi Libat Urus Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi UTHM bersama Ahli PENTAS & Program Siri Pentadbir Kongsi Ilmu bertempat di Big Stage, Aras 2, PTTA pagi tadi.
Sesi ini telah disempurnakan bersama YBhg. Tuan Haji Naim bin Maslan, Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi UTHM, serta menampilkan pengisian Pentadbir Kongsi Ilmu: PENTAS @ German, melibatkan peserta Program GTU Champion 2030: Pemerkasaan Pentadbir (Latihan Kepimpinan di Fraunhofer IEM, Jerman) iaitu:
🔹 Puan Norliah binti Yaakub
🔹 Encik Khairuddin bin Alias
🔹 Puan Hawa binti Omar
🔹 Dr. Aminah binti Abdul Rahman
🔹 Encik Zamri bin Mat Emrin
🔹 Puan Shahrizad binti Shahrir
Program turut dimeriahkan dengan SePENTAS bersama Pendaftar sebagai platform interaksi dan perkongsian terbuka, sebelum diakhiri dengan jamuan Pesta Buah-buahan dalam suasana santai dan mesra.
Semoga perkongsian pengalaman antarabangsa ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan kepimpinan serta transformasi pentadbiran universiti.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Universiti Tun Hussein Onn
Batu Pahat
86400